cemburu-iri hati melihat nikmat/kelebihan orang lain,dan inginkan juga nikmat sebegitu.
dengki-benci melihat nikmat yang diperoleh orang lain dan berusaha menghilangkan nikmat itu.. tu yang wujud santau-menyantau tu..nauzubillah.
kesan sifat dengki ni:
SOMBONG- ingat lagi bagaimana sombongnya iblis hingga enggan menurut perintah Allah hanya kerana dengki dengan Nabi Adam? saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapinya selama ini.
BERBUNUHAN-jika diimbas kisah pertumpahan darah pertama di bumi,Habil yang dibunuh oleh Qabil.kerana apa?DENGKI melihat kelebihan yang dimiliki saudaranya itu. sekarang ni pun, dalam surat khabar,dengki ni,bunuh,dengki tu,tikam.. nauzubillah..
segeralah remove perasaan dengki kita dengan cara kita redha dengan segala ketentuan-Nya, rezeki orang kita tak tahu,rezeki kita pun sama.masing-masing punya nikmat yang berbeza. Klau kita still tak puas hati,bermakna kita tidak redha.Siapa kita ni nak sombong dengan Pencipta kita??
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."

*sumber*
"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."
*sumber*










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)