Rabu, 10 Ogos 2011

ALLAH IBARATKAN MANUSIA SEPERTI POKOK?

assalamualaikum.. menghabiskan waktu pagi menghadap Malaysia Hari Ini,terus je melekat bila nampak Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz yang jadi tetamu jemputan. membincangkan tentang Fikrah Ramadhan,tetapi tertarik dengan salah satu kata-kata beliau tentang TAQWA.

"manusia ni Allah ibaratkan di dalam Al-Quran seperti pokok"

tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik, seperti pohon y baik,
akarnya kuat dan cabangnya (m'julang) ke langit,

pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dan seizin Tuhannya.
dan Allah m'buat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat"
(Ibrahim,14:24-25)

berdasarkan ayat ini,kata ustaz, manusia ni kompleks,ia bermula daripada akar yakni IMAN,

apabila iman sempurna.maka IBADAHnya akan sempurna umpama batang pokok yang teguh.

kemudian pokok itu akan menghasilkan bunga yang diumpamakan seperti AKHLAK. pokok menentukan bagaimana bunga yang terhasil.

akhirnya,bunga yang berguguran akan diiringi dengan terhasilnya buah.buah itulah TAQWA.



Allah Maha Kaya,setiap kejadian ada manfaatnya buat manusia..wallahualam..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. betul. ustaz cik tikah pun ckp macam tuh. ada belajar masa belajar subjek ISLAMIC STUDIES dulu :)

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...