Ahad, 7 Ogos 2011

GURU SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKAN MURIDNYA BERJAYA,KAN?

situasi di dalam kelas Geografi..seorang guru lelaki sedang asyik mengajar,murid-muridnya pelbagai ragam,ada yang mendengar,ada yang membaca buku rujukan sambil sesekali memandang ke arah gurunya.

Guru:kenapa awak tak buat nota apa yang saya ajar,buat nota ringkas nanti senang nak study.

Murid:kitorang takde buku cikgu..hehehe (padahal malas nak beli,dah tahu,kalau buat nota pun, takkan baca)

Guru:owh..ok.(muka cool sambil menyambung pengajarannya)

keesokkan harinya.

Guru: ok,nah,amik buku ni,buat catatan skit apa yang saya ajar.. tak banyak pun takpe, asalkan awak semua catat. (menghulurkan beberapa buah buku nota kepada muridnya)

Murid:erkkkk! ermm..mekasih cikgu.. cikgu ni,baik la..hehe.. nah weh,cikgu bagi,jaga elok2.. (menghulurkan kepada rakan-rakannya yang lain)

Guru:saya tau.. (muka selamber)

hari peperiksaan besar.selepas tamat exam Geografi,guru tersebut masih setia menunggu murid-muridnya menamatkan perjuangan mereka.

Murid;cikgu,tadi keluar soalan yang takde dalam buku hijau la... (buku rujukan Longman tu)

Guru:yeke?

Murid;tapi kan cikgu,nasib baik saya buat nota masa cikgu ajar dulu,soalan sebijik! saya sempat la jugak baca buku nota tu semalam..lega sangat cikgu. masa jawab,dalam hati,ada taman.. (muka bangga) time kasih cikgu:)

Guru:good..good.. (senyum kecil sambil berlalu pulang,mengumpul lagi kekuatan untuk menyambung tanggungjawabnya kepada murid-murid yang seterusnya)



kini,4 flat dalam subjek Geografi telah menjadi milik murid tersebut,menyambung pengajian dalam bidang pendidikan,major..GEOGRAFI.. terima kasih cikgu..

dia guru paling cool yang pernah saya kenal!!

beliau jarang ketawa,tapi saya berjaya buat beliau ketawa dalam kelas.

Guru:suhu di Kutub Utara sangat rendah,sejuk sangat-sangat.sebab tu tak ramai orang tinggal kat situ.

Murid:(menyampuk)aah kan cikgu,saya tengok dalam tv tu,hingus pun boleh keras..

kawan2:hahahaha...euwwww..ngotor ko ni! (satu kelas gelak,termasuk cikgu)

Murid:apa?betul lah! (malu)

hai la kenangan~~~~~~~
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...