Ahad, 31 Julai 2011

ESOK DAH START SOLAT TERAWIH. JOM RAMAI - RAMAI YOK!!

assalamualaikum.. nampaknya hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba dalam sehari dua ni. malam tadi keluar makan,tengok punya la ramai manusia kat kedai makan.. maklumlah,lusa insyaAllah kita semua start puasa,so,makan malam buat kali terakhir la agaknya.



malam esok jugak dah start solat terawih,bak kata upin ipin TAWARIH..haha.. tahun ni seperti tahun lepas,akan bersolat di surau sekolah mak,dah nama pun duduk kat perumahan guru kan.. even cuma surau dan bukan masjid,tapi kemeriahannya tetap terasa.ditambah pulak dengan budak-budak kecik yang baru nak belajar solat tu.. comel-comel je nampak:)

waktu-waktu macam ni la rasa rindu nak bersolat di sekolah lama,SMKAP.rindu nak berzikir dengan kawan-kawan.kiamulail bersama,even kadang-kadang tu pernah terlelap dalam solat.. syaitan!!aku benci ko!!

semoga Ramadhan kali ni membawa banyak perubahan dalam kehidupan kita,letakkan azam yang lebih baik,jaga fizikal dan mental..insyaAllah di akhir Ramadhan nanti,kita akan merasai kemanisannya...

SALAM RAMADHAN IKHLAS DARIPADA FADWA DAUD.
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...