Selasa, 12 Julai 2011

CENDERAHATI KENDURI MAKIN CUN! CEK SUKA!!

assalamualaikum... sepanjang tahun,kita takkan pernah sunyi tanpa jemputan kenduri perkahwinan daripada sahabat-sahabat, jiran-jiran,saudara-mara.. alhamdulillah,semakin banyak masjid yang terbina..semoga ia akan terus kekal hingga akhir hayat.

ok,nak discuss skit tentang cenderahati yang disediakan untuk para tetamu pada hari kenduri perkahwinan ni.. kalau anda semua perasan,ia semakin berubah kan?kiranya mengalami revolusi la.. dulu yang ini..




BUNGA TELUR



(sori,bunga je ada,telur da kena ngap)



then..





CENDERAHATI LAIN



dan sejak akhir-akhir ni,kebanyakannya ini..




CAWAN MINI



(cute!!)



haa..hebat kan? tapi ada jugak kenduri sekarang yang still gunakan bunga telur.. tak salah pun,lagi pun save bajet,cawan mini tu mahal daripada bunga telur(kan??).antara kebaikan kita still gunakan bunga telur sebagai cenderahati(pandangan sendiri):



1.save bajet(ok,ulang ayat..demm) bukan kedekut,tapi bukankah Islam menggalakkan umatnya supaya bersederhana?? :)



2.mengekalkan tradisi adat Melayu. mak saya pernah cakap,bunga telur ni lambang keharmonian dan kesuburan buat pasangan pengantin.. cawan mini melambangkan apa? haa.. tak tak kan..saya pun tak tau



3.kalau bunga telur jatuh,still boleh makan telurnya..kalau cawan mini tu jatuh,pecah,akan ke tong sampah juga akhirnya..membazir kan?



so,agak-agaknya apa pulak cenderahati pada masa akan datang? ada kemungkinan tak bagi ipad sorang satu? :D


p/s:tapi masa kecik-kecik,lebih tertarik pada bekas yang penuh dengan gula-gula berbanding bunga telur..ngee~ :)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...