Jumaat, 22 Julai 2011

BINCANG JUMAAT:TIKA RASULULLAH NAIK KE MIMBAR

assalamualaikum..alhamdulillah,kembali semula dalam segmen BINCANG JUMAAT(uish..dah macam program tv) ok,ingin berkongsi sedikit pengisian yang diperoleh daripada tazkirah malam tadi di surau.syukran ya ustaz,even pendek,tapi amat berguna..:)

satu hari,ketika Rasulullah ingin naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah, tiba-tiba sahabat-sahabat mendengar baginda menyebut.. "Amin..Amin..Amin..".kemudian sahabat-sahabat bertanya.
"Ya Rasulullah,mengapa kau berkata sedemikian?"
Rasulullah menjawab."sebenarnya Jibril telah datang kepadaku dan berkata tiga perkara:

-celakalah bagi sesiapa yang apabila mendengar namamu(Rasulullah) disebut,mereka tidak berselawat ke atasmu..lalu Rasulullah mengaminkannya.

-celakalah bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa dan masih mampu menjaga mereka, tetapi tidak taat kepada kedua-duanya.. lalu Rasulllah mengaminkannya lagi.

-celakalah bagi sesiapa yang melalui bulan Ramadhan,tetapi tidak diampunkan dosanya sehingga habis Ramadhan..dan Rasulullah mengaminkannya buat kali ketiga.

Subhanallah...memandangkan Ramadhan hampirtiba,ingin saya tekankan tentangperkara yang ke tiga.Penuhilah bulan keberkatan ini dengan amalan-amalan mulia kerana bulan Rmadhan penuh dengan peluang-peluang yang tidak ada pada bulan2 lain. Tetapkan azam kita pada bulan tersebut.semoga kita beroleh keberkatan..InsyaAllah..


mimbar Rasulullah.

pesanan untuk semua dan diri saya juga.
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. thanks...

    dik, ada join contest ni kan

    http://nureenasirellesya.blogspot.com/2011/07/giveaway-pra-ramadhan.html

    bukan nureen tuan tanah tau, sila bg jwpn kat cini

    http://mummyayu.blogspot.com/2011/07/giveaway-pra-ramadhan.html

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...