Jumaat, 29 Julai 2011

BINCANG JUMAAT: BILA LA ADA REZEKI NAK KE TANAH SUCI?

assalamualaikum..waa,hanya selang 1 post saja dah ke segmen BINCANG JUMAAT balik, nampak sangat jarang update blog..*malu*

semalam menghabiskan sepanjang hari di KLIA untuk menghantar nenek kesayanganku mengerjakan umrah.. kali yang ke berapa ye,tak pasti.. tapi rasa seronok tengok mereka2 yang diberi peluang oleh Allah untuk menziarahi tanah suci..bila la pula giliran saya..takpe,sampai masanya,rezeki tu akan datang sendiri tanpa disedari:) doakan ya..

apa yang lebih men'jeles'kan saya ialah,atok(saya panggil nenek 'atok'..hehe) dapat mengerjakan ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri di tanah suci! seronoknya!! nampaknya tak dapat la merasa rendang raya atok tahun ni.. haish~~

sebelum berangkat pulang,salam dan cium atok..

unknown(ngee) :atok,doakan wawa ye kat sana..
atok:atok sentiasa doakan cucu-cucu atok..doakan atok selamat sampai n balik.. ni atok ada bawak bahulu,nanti lalu kat Australia,tekan loceng macam dalam bas,nak hantar skit kat Along.. hahaha

perghh,sempat lagi dia buat lawak..


izinkan aku menziarahi-Mu Ya Allah..

p/s: perasan tak blog dah bertukar wajah!! *xcited*.. nnt nak buat full review untuk yang teristimewa,CIK SYARIDZEAH!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...