banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2011 ni kan..
- aku jadi bibik tegar di rumah selama 9 bulan..
-jadi ahli tegar giveaway sampai buat blog khas untuk giveaway dan contest
-menang macam-macam yang best!
-then, hampir nak makan ubat sakit jantung masa tunggu keputusan kemasukan ke universiti..
-sujud bersyukur dengan rezeki yang diterima
-mulakan hidup as a student di USM
jumpa ramai kawan-kawan yang Subhanallah sangat membuatkan hidup ini rasa lebih bererti... dan banyak lagi benda yang menjadikan blog comel ni (tangan di dada,mata ke atas!) sebagai anak tiri yang hampir diabaikan.. mama jahat!
tapi! apapun, semoga 2012 membawa semangat sebagaimana semangat yang dibawa 1433 H.
Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
p/s: agak tension aku bila tengah-tengah malam buta orang dok bakar bunga api, jerit-jerit sana sini.. kita dah la dok tinggi cik oi,kalau terbakar,bomba semput nak naik atas bukit nih.. jangan sampai dia kata "korang tiup la sampai padam,kitorang dah tak larat nak panjat tangga.." rasa macam nak..










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)