Rabu, 4 Januari 2012

MUSIM FINAL EXAM MUSIM KUATKAN HATI DAN TANGAN

tahun 2012 disambut penuh kesibukan dan debaran oleh pelajar USM.. u lain pun rasanya sama, kan? diselit-selitkan jugak dengan beberapa insiden dan kontorversi yang meibatkan mahasiswa, buat-buat tak nampak je lah.. baik tumpu pada exam ni. sana sini pergi,semua pegang nota. suka pulak tengok! tapi jarang nak mengikut.. hiks~

Link

jom kongsi tips skit yok! thanks to FITRI!

1. TIDUR AWAL.
katanya, lebih baik tidur awal daripada berjaga sampai lewat malam tapi tak masuk apa-apa. tapi bergantung pada orang jugak, ada yang memang time study dia tetengah malam.. tidur awal tu bukan apa, cuma nak pastikan tak mengantuk keesokkan harinya yakni waktu exam:)

2.TEORI DIHAFAL DUA HARI SEBELUM EXAM.
haa... yang ni sesuai sangat dengaLinkn kos yang saya ambil. banyak teori. bila dah difahami dan dihafal, secara automatik dapat diaplikasikan. dapat pulak soalannya mostly soalan aplikasi. gunakan teknik-teknik pembelajaran.. chewah!

3.DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA.
kebanyakan kita,mungkin jugak termasuk saya hanya mengingati Dia apabila kesusahan. itu yang selalu saya ingatkan diri saya supaya dibaiki. harap kita istiqamah mencari jalan-Nya sebab dia yang menentukan masa depan kita walau sebesar mana pun kita usaha.

4. RELEKSKAN DIRI.
cari masa untuk berehat.. gi jalan-jalan ke, blogwalkingke.. hehehe.. oh! baru-baru ni saya dan roomate dah jumpa kerja lain untuk hilangkan bosan lepas study. ORIGAMI! hihi.. seronok ok! (jangan buat muka!) kat sini! linknya > OH ORIGAMI!

sekian saja perkongsian kita bersama.semoga kejayaan jadi milik kita sentiasa:)AMIN

p/s: kuatkan tangan? betul! sebab soalan esei.. standard la tu.. tangan,go!go!




Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,
tempat para syuhada'

dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...