Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya. Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.
Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. - AFP
sumber METRO
ADMIN: satu ayat je..... GURU sememangnya insan yang jujur... saya berbangga bakal jadi salah seorang daripadanya insyaAllah.. iskh!iskh! terharu!!!
p/sjadi jutawan sehari pun dah memadai.. lagi sekali, jujur gila cikgu nih!!!!











wah...cikgu mmg mulia kan..kan.. kagum dgn manusia bergelar guru!
BalasPadam