Rabu, 1 Jun 2011

BUDAK INDIA TANYA SAYA TENTANG TABARUJJ! SAYA TANYA PULAK TENTANG TATU DIA!

assalamualaikum..
situasi ni berlaku dah agak lama,tapi baru sekarang tergerak hati nak cerita.saya sedang beratur menunggu giliran untuk test jpj motorsikal,kebetulan di hadapan saya seorang budak lelaki India.Peramah orangnya, selalu buat kelakar dengan budak lelaki cina depan dia,kiranya kalau tengok dari jauh,kami ni dah cukup 1 Malaysia.. Cina,India,dan Melayu..hahaha

berborak itu dan ini,tiba-tiba dia suruh saya tengok kepada seorang budak perempuan yang sedang beratur jugak.saya tengok lah..

saya:kenapa ngan dia?
budak india:awak rasa,itu make up dia pakai berapa punya tebal?
saya dengan budak cina tu terus tergelak.. boleh dia tanya macam tu..dia senyum je.. budak perempuan tu memang putih,tapi nampak sangat dia pakai krim,tambah pulak dengan lipstik dan celak,memang orang akan toleh dua kali kalau tengok dia.

saya:kenapa cakap camtu?
budak india:iya lah..awak tengok la.. itu putih punya muka, macam mayat..
saya:dia memang putih kot(back up la konon)
budak cina:mana ada maa.. tengok pun dah tau make up.. ini mau test jpj,bukan mau modelling..
*kitorang gelak je,nasib baik budak perempuan tu tak perasan*

budak india:perempuan melayu bukan ke tak boleh make up tebal2?apa itu sebut?tabaa..
saya:tabarujj??
budak india:yup!itu la..
saya angguk,senyum even dalam hati agak terkejut sebab dia pun tahu tentang tabarujj..

di sini saya sediakan sedikit penjelasan tentang TABARUJJ..

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit
(aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

http://www.penguin.com.my/root/_htdocs/skin/default/img/template/6472/ne_04.1.jpg

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya di dalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

http://blackliberal.files.wordpress.com/2009/02/muslim-model-4.jpg

saya tanya dia,mana dia tahu tentang tu,dia cakap,kawan-kawan dia cerita.. so,perkenalan dan perbincangan yang singkat antara kami telah memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya kita sebagai Muslim menjaga agama kita.Sekali kita terleka,kita sendiri akan dipandang rendah oleh kaum lain..nauzubillah..

perbualan diteruskan bila saya bertanya tentang tatu bentuk bintang yang ada pada leher dia..
saya:sakit tak buat tu?(tunjuk kat leher dia)
budak india:tak pun..macam kena gigit serangga saja(senyum)
saya:owh.. lepas ni takyah la tambah lagi.
budak india:kenapa?
saya:tak elok sakitkan diri awak sendiri(senyum je)
budak india:hehehe... tengoklah.. (gelak)

p/s:sedar tak sedar,punya lama kami berbual,tapi saya tak tahu pun nama dia.. dia pun tak tahu nama saya.. hahaha.. haish~ lepas ni tak jumpa dah kot dia,sebab dah lulus test moto tu.. terima kasih la sebab teman saya sepanjang test tu,dan ajar saya nak handle motor buruk tu..kikiki

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...