Rabu, 22 Jun 2011

HARI INI BERMULA MUSIM PANAS



assalamualaikum..wah,nampaknya musim panas dah pun bermula.mula-mula bukak google, "comelnya!"doodle daripada Takashi Murakami dah buat saya tersenyum la pagi-pagi bertarikh 22 Jun ni..

ok,jom tambah ilmu serba sedikit tentang kejadian musim panas di dunia ni:)

korang mesti pernah belajar Geografi kan,so mesti tahu kan yang kejadian musim panas ni berpunca daripada PEREDARAN BUMI YANG MENGELILINGI MATAHARI.bukan putaran tau!

berdasarkan gambar rajah di bawah(uii,dah macam soalan exam) musim panas berlaku apabila garisan Sartan bumi selari dengan matahari,iaitu bersudut 23 darjah.


http://www.zionalert.com/seasons-diagram-drawing_2-25ek47p.jpg
*masa sekolah dulu,susah sangat nak ingat tarikh2 ni,tapi senang je rupanya,cuma selangkan 3 bulan,korang akan ingat keempat2 tarikh ni:)*
time musim panas ini,kebanyakan manusia akan mengadakan festival, upacara,pesta, dan keraian kerana mereka percaya dengan kuasa yang dibawa matahari semasa musim panas. selain itu jugak, musim panas adalah masa yang sesuai untuk bercuti.

Solstice-2011

tapi kan,pakar sains mendapati,pemanasan global yang berlaku akan menyebabkan pencairan ais di kawasan Artik menjelang musim panas pada masa akan datang:(

saya mendapati sesetengah sumber mengatakan kawasan ais di Artik adalah mustahil untuk cair disebabkan keluasannya,tetapi... apabila Dia katakan 'jadi' maka 'jadilah' (kun fayakun) siapa pun takkan sangka kan..

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan Nya di waktu Dia mengatakan : Jadilah, lalu terjadilah, dan ditangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui“.
Surat 6 – Al An’aam, ayat 73

p/s:sangat rindu nak belajar Geografi,ia mengingatkan saya tentang kejadian alam yang begitu menakjubkan,hingga kadang-kadang kita langsung tak menyangka hikmah di sebalik sesuatu kejadian tu.

*psst..abaikan contengan nota tu,hehe
yang penting ia masih terjaga rapi:)*


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. Musim panas depa mau hitam kalau berjemur

    BalasPadam
  2. Thanks for the sharing..tp best kt Malaysia lg..panas and hujan je..

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...