kadang-kadang kan,tugasan yang dijalankan oleh peserta Imam Muda ni,bukan saja dapat memberi manfaat kepada peserta,tetapi juga kepada penonton. macam semalam,saya ingat lagi kata-kata Imam Muda Hassan, "saya selalu pesan kepada saudara-saudara seislam saya,hargai ibu bapa selagi mereka masih ada,sebab bila kita kehilangan ibu,tidak akan ada ibu yang kedua yang dapat menggantikan serupa dengan ibu pertama,begitu juga ayah. manusia biasanya akan rasa kehilangan seseorang itu bila mereka telah tiada"
saya biasa tonton Imam Muda dengan mak dan adik-adik,bila sampai part yang menyedihkan tu,nak nangis,tapi segan..so,tahan je la..ngee~ :)
apapun bagi saya program tu satu program yang baik kerana ia membuka mata masyarakat yang seorang 'imam' itu bukan sahaja di dalam solat,tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat.
SEMOGA BERJAYA,IMAM MUDA HASSAN DAN IMAM MUDA NAZRUL yang berjaya ke peringkat akhir.
IMAM MUDA,terus memecah tradisi:)










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)