Isnin, 13 Jun 2011

KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA. BERINGATLAH..

assalamualaikum.. kalau kita tengok dunia sekarang,kebanyakan manusia sibuk mengejar dunia hingga kadang-kadang alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim..

3 hari lepas,saya bersua dengan seorang sahabat.. berbincang itu dan ini,mempersoalkan kepentingan harta dan ilmu(pelajaran).perbincangan kami tak menemui jalan penyelesaian sebab dia kata "ilmu penting,dan harta pun penting untuk teruskan hidup di dunia ni" dan saya cuma mampu membalas "yup,cuma yang lainnya,harta takkan kekal melainkan kita gunakan ke arah yang betul".. dan masing-masing diam,mengangguk,dan dalam otak sibuk berfikir..

dan ini yang saya temui.. credit to FARIQUE

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

sedikit tambahan dari saya

memang kita memerlukan harta dalam menjalani kehidupan ni,tapi jika dibekalkan juga dengan ilmu,manusia mampu membuat perkiraan tentsng yang mana lebih penting. wallahualam..

http://4.bp.blogspot.com/-67B5sOG9k2w/Tb_Clb1YMTI/AAAAAAAACkE/7O1PMgjYvlQ/s1600/boy-kisses-Koran.jpg

"Yang penting ikhlas,kemudian biarlah apa yang akan terjadi.
ikutilah Al-Quran dan jangan kamu diikuti oleh Al-Quran."
(Abu Musa Al-Asyari)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. time kasih atas peringatan ni wawa... lama tak jenguk sini...huhu..sibuk.. T_T

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...