di sejadah,aku memanjatkan sejuta kesyukuran atas rahmat dan peluang yang diberikan oleh-Nya, peluang untuk aku merasai nikmat kehidupan selama 20 tahun!! sebab aku tahu, ada insan-insan yang tidak dapat mengecapi nikmat ini. tapi tu semua tak penting,apa yang penting ialah amalan yang dilakukan sepanjang diri ini masih bernyawa.
"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang tentang UMURnya pada perkara apakah ia dihabiskan"
luluh hati saat terima mesej dari mak dan ayah tengah malam semalam.. rindu datang lagi.. doa-doa yang dikirimkan buat hati jadi sayu,betapa tinggi harapan mereka nak lihat aku berjaya di sini,tempat impian aku.. USM.. alhamdulillah aku ada sahabat-sahabat yang temankan aku untuk teruskam hidup kat sini.. SYUKRAN SEMUA!
dan! orang pertama wish! ce teka..ce teka.. ALONG! dia selalu menang bab-bab wish-mengwish ni.. maklumlah,3 jam awal.. Thanks along!!
Tuhan,berkati umur dan perjalanan hidupku. andai ada dugaan yang kau kirimkan sepanjang perjalanannya,kuatkan hati dan imanku... kerana aku sedar bila-bila masa saja Kau mampu mejemputku.izinkan aku kembali pada-Mu sebagai hamba yang tidak pernah lupa siapa dirinya dan siapa Penciptanya.. amin.
p/s:menaip sambil cari tisu..










slamat hari lahir yg ke-20..i turn 23 yesterday..yeay!
BalasPadamhappy bornday, semoga lebih sihat, kaya dan berjaya=D
BalasPadam@chiah_ismile thanks! waa.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU SIS!!:)
BalasPadam@Tina Othman AMIN AMIN YA RABBALA'LAMIN..syukran:)
BalasPadam