kita selalu nak jaga penampilan kita depan manusia,tapi tak semua dalam kalangan kita yang jaga penampilan kita depan Allah. bila nak keluar,pakai kemas,siap bersolek lagi bagi wanita,wangi-wangi... tapi bila nak mengadap Allah,lelaki tu kadang-kadang pakai kain pelikat je!
Rasulullah menurut firman Allah,adalah manusia yang paling beradab..paling! saya bawakan satu kisah.
Rasulullah bertandang ke rumah sahabat,dihidangkan dengan makanan seperti bawang yang dicicah dengan cuka.Baginda tidak makan sehingga menimbulkan hairan sahabat2. mereka bertanya:
"Rasullullah,kenapa tak makan?tak elok ke makanan ni?"hingga ada yang mengatakan ia makhruh untuk dimakan.
Rasullah menjawab:
"tidak sahabat2ku.. sebenarnya aku ingin bermunajat kepada Allah selepas ini,jadi aku tidak ingin bau bawang ini menganggu hubunganku dengan Allah.."
Subhanallah.. lihat betapa Rasulullah menjaga adab baginda dengan Allah,sedangkan mungkin bagi kita lepas makan,boleh bersugi(berus gigi)..tetapi tidak bagi Rasullullah..baginda ingin terus menjaga keselesaannya ketika berhadapan dengan Allah.
bagaimana pula dengan kita? sama-samalah kita perbaiki amalan kita supaya ia bukan hanya sekadar amalan..insyaAllah.. saya petik sedikit ayat ustaz tersebut:
"tubuh badan yang buat lebih kurang dalam amalannya seperti solat,maka perbuatan tubuh badan tersebut juga akan lebih kurang selepas solat..jadi jangan pelik lah kalau kita masih mengumpat atau buat perkara mazmumah selepas solat,mungkin solat kita masih 'lebih kurang' di sisi Allah"
p/s:terima kasih pak cik pasang kaset tu!!esok saya naik bas pak cik lagi ye:D











jaga hubungan dengan semua, terutamanya Allah :)
BalasPadam