Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia,tetapi jangan lupa amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita.
“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan,
(Hadis Riwayat Tarmizi).
(Hadis Riwayat Tarmizi).
dalam hidup ni,apa yang kita kena tahu,ada tonggak antara umur-umur kita.
“Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."
Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271)
Ya Allah,kecil rasa diri ni,bimbang ada dosa-dosa yang dilakukan dalam sedar mahupun tidak. semoga post ini menyedarkan kita semua terutamanya SAYA.insyaAllah..
Rasulullah bersabda:
“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).










ha2..segan2 kucing dah kome^^
BalasPadam@Mohd Fitri hehe..ecece.. xpe,xpe.. yg penting,TERIMA KASIH!!:D
BalasPadamtakutnya bila fikri nak jawab apa depan Tuhan nanti =___="
BalasPadam