Ahad, 18 September 2011

MEREKA YANG MAUT KETIKA SEDANG BERAKSI.

assalamualaikum.. kematian sesuatu yang pasti,tetapi kematian yang bagaimana yang bakal kita hadapi?wallahualam.. ingin saya kongsi kisah-kisah mereka yang menemui ajal ketika sedang beraksi,which means mereka ini penggiat seni.. pelakon,penyanyi,dan lain-lain.. semoga jadi teladan,insyaAllah..


1.BRANDON LEE(01/02/1965-31/03/1993)





pengggiat seni mempertahankan diri,anak lelaki kepada lagenda Bruce Lee.beliau mati semasa menjalani penggambaran filem 'The Crow' apabila senjata yang menghadapi masalah tiba-tiba melepaskan tembakan tepat pada abdomen Brandon.beliau dikejarkan ke hospital terdekat tetapi disahkan mati selepas 6 jam pembedahan.beliau menemui ajal pada usia yang sangat muda,28 tahun.


2.ROY KINNEAR(08/01/1934-20/09/1988)





pelakon popular pada zamannya,tercedera pada 19/09/1988 akibat terjatuh daripada kuda yang ditunggangnya dalam penggambaran filem 'The Return of the Musketeers'.disahkan hanya mengalami kecederaan kecil,tetapi pada keesokkannya,beliau ditemui mati akibat serangan jantung.


3.SID JAMES(08/03/1913-26/04/1976)





terkenal dengan ketawanya yang teruk,pelakon komedi ini diserang sakit jantung semasa penggambaran pentas Sunderland Empires Theatre dan mati ketika itu juga. penonton masih ketawa menyangkakan itu sebahagian dalam lakonannya.


4.LES HARVEY(13/09/1944-03/05/1972)





pemain gitar yang paling dikenali dalam arena muzik bersama kumpulannya, Stone the Crows, Harvey terbunuh semasa persembahan bersama kumpulannya di Wales. beliau terkena kejutan elektrik semasa menyentuh mikrofon dengan tangannya yang basah,dan mikrofon tersebut pula tidak mempunyai wayar bumi!


5.STEVE IRWIN(22/02/1962-04/09/2006)






lebih dikenali sebagai 'The Crocodile Hunter',Steve seorang pakar hidupan liar dan personaliti televisyen.semasa merakamkan dokumentarinya yang bertajuk Ocean's Deadliest's in Queensland,dada beliau dilibas oleh ekor ikan pari.walaupun telah menerima usaha terbaik daripada pihak perubatan,tetapi nyawa beliau tetap tidak dapat diselamatkan dan diisytiharkan sebagai 'non-survivable injures'


Rasululllah pernah bersabda yang bermaksud: 'perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan nikmat iaitu MATI'



'dimanapun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh'

(An-nisa,78)


p/s:tiba-tiba teringat cerita Final Destination.. T__T

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...