Jumaat, 30 September 2011

BINCANG JUMAAT:TAK SALAH KAN KALAU AKU TEGUR SIKIT?

assalamualaikum.. segmen BINCANG JUMAAT kali ini bermula..

semakin lama hidup di perantauan,semakin tinggi minat aku nak kenal perilaku manusia. macam-macam tingkah laku yang aku lihat dari kacamata yang powernya mencecah hampir 600 ni.dan seperti kata-kata ustaz aku,kita lihat,senyum,dan ambil iktibar.. jika perlu,tegur!

tapi berhijrah ke tempat oang membuatkan aku rasa sukar untuk menegur,ditambah pula aku ni orang baru. bukan niat untuk menunjuk-nunjuk bagus,tapi aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang saudara seislam untuk menegur saudaranya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa diantara kamu yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya; dan jika tidak mampu, (ubahlah) dengan hatinya.
Dan itulah selemah-lemah iman.”
(HR Bykhari, Muslim, dan Ashabus Sunan).


Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya manusia, jika mereka melihat kemungkaran, sedangkan mereka tidak mengubahnya, maka datanglah saatnya Allah menjatuhkan siksa-Nya secara umum.
(HR Abu Dawud)

jadi sahabat,maafkan aku andai teguran aku buat kau menarik muka huduh kau, sebab aku sendiri takut kita ditimpa seksa-Nya di akhirat kelak atas apa yang kau lakukan dengan si dia.

p/s:aku tak mahu tangan kau tarik aku ke neraka saat aku meniti titian siratulmustaqim.. nauzubillah..


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. susah nak menegur salah orang ni..lagi2 kawan sendiri..dan aku sendiri kadang2 memilih utk menjadi pemerhati yg hina..

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...