disebabkan minggu ini adalah minggu UPACARA KONVOKESYEN USM KALI KE-44 .jadi ekspo pun diadakan untuk menarik minat ramai pengunjung terutama pelawat-pelawat yang hadir sepanjang minggu ni.jadi apa yang 'teruja' sangat yang saya alami?
temankan CIK MIRA cari buku di booth bahan bacaan.(nampak macam budak baik kan,asal keluar je cari buku..hahaha) masa tunggu mira bayar buku,ternampak kelibat si kecil ni,sedang khusyuk meneliti satu persatu buku yang ada di depannya. dalam hati ni dah rasa "alahai, comelnya!kecik-kecik dah minat membaca!"
bila perhatikan betul-betul apa yang dia buat sebenarnya,dia bukak buku tu satu-satu.. maybe tengok gambar je sebab kompem2 dia tak pandai baca.. then, dia tutup buku tu ,alihkan ke sebelah, dan bukak pulak buku yang seterusnya.. mak dia usha je kitorang snap pic anak dia,tak larang,tapi senyum je.. (seronok dapat anak yang ada minat untuk menimba ilmu)
"Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.
(HR al-Bukhari)
(HR al-Bukhari)
p/s:"Ya Allah,kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah,moga mereka menjadi penyambung tunjang kekuatan dalam menegakkan agama-Mu,InsyaAllah"

















0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)