Rabu, 14 September 2011

KEMBALI SELEPAS SEMINGGU DI USM

assalamualaikum... setelah hampir 2 minggu hidup sepi tanpa blog,maka hari ni baru dapat berdamping..rindu tak terkira.. jadi,dah sah-sah nak cerita tentang life kat USM kan?kan? haha..

bila berjauhan dengan keluarga,insan yang penting bagi kita ialah sahabat.. dan alhamdulillah dapat bertemu dengan sahabat-sabahat yang dapat menemani aku dalam dunia universiti ni.. even baru kenal,tapi sebab sekepala,so ia bukan sesuatu yang asing..


nak kenal?meh interview dulu..






PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN:)


jadi,its was a new world for me,hope semuanya berjalan lancar,insyaAllah..


-kampus jauh dari desasiswa,kaki dah letih berjalan dan mendaki bukit serta tangga,lama-lama macam kaki atlet jadinya..ngee~


-masih dalam proses mengemaskini jadual,bajet pening,padahal baru sem 1..hahaha


-status:homesick! hari-hari rasa nak nangis tapi tak jadi..rindu nak borak ngan mak, rindu nak tolong ayah buat soalan latihan,rindu nak marah Fahim,rindu nak bawak Farouq gi kedai 3 kali sehari.. semalam mak mesej.

mak:"salam wawa,program apa hari ni,kat rumah sunyi la takde geng nak borak.tak sabar tunggu wawa cuti." dan aku tak mampu nak reply sebab air mata dah keluar.. demm.. :(


"Ya Allah,jika ini jalan hidupku yang telah Kau tetapkan,Kau berkatilah perjalanannya kerana Kau tahu betapa aku dambakan kasih sayang-Mu..dan izinkan kejayaan dan ketenangan itu menjadi teman hamba-Mu ini Ya Allah..

AMIN"

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

7 ulasan:

  1. first2, standard la homesick tuh, but along yakin wawa will get into the swing of uni life in these two months..

    most important, jgn boros, xde duit, pening nant!

    okay, selamat menjalani kehidupan sbg seorang student uni..

    good luck with your studies and enjoy your time at the Universiti Sains Malaysia!:)

    BalasPadam
  2. @farhad daud
    thanks along!! skrang pun da rasa xnk membazir da,beli apa yg patut je.. kalau lalu depan kedai,tutup mata,nnt terhulur duit pulak..hehe

    anyway,trima kasih sbb doakan wawa dr dulu smpai sekarang.. nnt along dah blik malaysia,kita ronda penang noo..:D

    BalasPadam
  3. tapi wawa r drive.gua xde lesen lagi ma!!!

    BalasPadam
  4. @farhad daud lorgghh.. kalau ada lesen pn x berani nk bawak kat bandar penang ni la..kita nek bas da la along yekk..ajak kak farah sekali..hehe..

    BalasPadam
  5. bas xbesh!lagi2 bas milan..cam haram je driver2..

    BalasPadam
  6. duk desasiswa mana ni?? zu duk saujana...mo4...sakit betissss giler naik tangga tiap2 hari...

    BalasPadam
  7. @zuneta sama!! wawa pun saujana mo4!! btol,btol..lutut dah ketar dah ni.. wawa bilik 05-67:)
    tak sangka ada gak yg sma kat sini..hehe

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...