Selasa, 20 September 2011

SUBHANALLAH.. SIMPAN 30 SEN SEBULAN UNTUK TUNAIKAN HAJI!



assalamualaikum...
KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.

Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.

Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam

*sumber*

betapa diri ini terasa begitu kerdil jika dibandingkan dengan insan seperti ini.. Subhanallah.. manusia terlalu taksub mengejar dunia hingga kadang-kadang lupa tanggungjawab kepada Yang Esa.nauzubillah..

"Kemuliaan manusia dalam pandangan Allah tidaklah diukur berdasarkan harta yang banyak, keturunan yang baik, pangkat yang tinggi dan kekuasaan yang luas di dunia, namun ditentukan oleh kemuliaan jiwa yang menghuni raganya"

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...