Isnin, 20 Disember 2010

~pEMergIAnMu~


masih teringat lagi masa sekolah dulu..
time exam..
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
(ustazah noratikah dalam kenangan)

kalau tak silap aku exam trial
sebab dalam dewan
biasalah
nama pun exam Syariah..
ada tentang Rasulullah..
so,aku nie jenis pelajar yang malas nak cek balik bila abis jawab(jujur nih!)
tu yang susah nak dapat A tu..hehehe
aku pun selak2 la kertas soalan tu..
baca pasal Rasulullah..
tiba2 pulak hati aku nie jadi touching..
aduiyai,time2 exam lak tu..
tapi,biar la,aku dan Tuhan je yang tahu..

agak lama la aku mengelamun..
teringat kisah2 tentang kemuliaan,kebaikan,kesopanan,
dan semua tentang kekasih Allah itu..
masa tue,
aku terus ambil kertas soalan(haha,kantoi!)
pensil(pen x boleh!)
dan mula menulis
semua ini>>>

Ya Rasulullah..
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara

Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”

Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa

Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari

Mimpi Bilal kau datangi

“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua

Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”

Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa

Beramai-ramai menjalankan kewajipan

Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan….


tak sangka pulak aku boleh dapat ilham masa exam
ish,apa la aku nie,
tak concentrate langsung..
tapi,lepas habis exam
aku salin ballik semua tu,dan simpan..

bila sampai masanya
,aku hantar kat ILUVISLAM.COM
ingatkan kena reject,tapi Alhamdulillah diterima..

bukan niat nak takbur atau apa.
.cuma nak menyatakan,
kadang2 kita tak sedar
yang kita selalu leka
,lupa dengan kewujudan INSAN MULIA ini..
bila kita tersedar,
kita akan tahu betapa kita sangat memerlukan baginda
sebagai contoh ikutan yang cukup sempurna..
sebab kita juga dah tahu kenapa baginda digelar
KEKASIH ALLAH..




p/s:kenapa laman web iluvislam yang baru tak boleh nak login?
ke aku yang tak jumpa??


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. wawa.. membuatkan hati mak jd sahdu.. rindunya mak pada Baginda.. walau tak pernah bersua muka, tapi kasih sayangnya amat terasa.. Ya Allah semoga kami sekeluarga dapat berkunjung ke bumi ambia lagi...

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...