Cerita tentang perjalanan
sepanjang praktikal, rasanya terlalu banyak. Maka, mana yang aku ingat, aku
kisahkan.
Sepanjang praktikal bukan sesuatu
yang sukar yang teramat. Susah itu ada, tapi perlu pandai handle.
Projek Tambahan.
Memang resam guru praktikal, kita
akan diberi tugasan luar daripada sesi pengajaran. Yang lazimnya, mural. Macam
kami, skopnya lebih besar. Kami ditugaskan untuk menghias blik Sejarah dan
Geografi.
Tips:
1. Mulakan
kerja-kerja awal. Kerja awal ini perlu supaya menampakkan kita telah mula
bekerja. Kalau lambat-lambat, apa pula orang kata. Malah kerja akan jadi lebih
mudah kalau kita rancang awal-awal. Mana yang perlu kertas kerja, mana yang
perlukan surat peruntukan sekolah, mana yang perlukan bimbingan guru pembimbing,
selesaikan segera. Benda-benda mudah macam tu, siapkanlah awal.
2. Cari
murid untuk bantu kita. Kalau tugasan yang memerlukan tenaga kerja yang ramai,
cuba cari murid-murid yang mudah untuk beri kerjasama. Biasanya murid-murid
yang kita ajar. Tanya saja ‘petang ni siapa free? Cikgu nak cat bilik sejarah
geografi. Nanti siapa free boleh ja datang.’ Bila petang, jangan terkejut bila
dah ada 4,5 orang murid yang berdiri depan blik sejarah geografi, tunggu kita.
:) tapi kena ingat, hargai usaha murid-murid. Jangan biar mereka buat
sendirian. Kita guru, pembimbing. Buat kerja sama-sama. Mengecat sama-sama,
hias sama-sama. Jadi murid-murid takkan rasa terbeban. Pasang lagu, belikan air
sikit, jadi suasana akan jadi lebih santai. Kita pun tak stress.
3. Jangan
biar kawan-kawan saja yang handle tugasan. Take part! We are team! Kalau rasa
kurang ambil bahagian, sekurang-kurangnya tanya apa yang boleh bantu.
Kawan-kawan ni kadang-kadang segan nak bagi arahan kerja sesama kawan. Jadi
lebih baik kita tanya dahulu.
4. Buat
sehabis baik, jangan sambil lewa. Walaupun kerja hanya sekadar lukisan mural,
buat elok-elok. Cari design yang rare dalam google. Belambak. Pilih mana yang
terbaik, tunjuk dekat guru yang beri tugasan pada kita. Minta dia pilih. Jadi
sekurang-kurangnya dia boleh beri pendapat untuk tambah apa-apa, buang apa-apa.
5. Sentiasa
maklumkan kepada guru pembimbing perkembangan projek. Macam projek kami, bila
siap mengecat bilik, kami maklumkan pada guru pembimbing, ajak dia tengok bilik
yang dah siap cat. Bila siap bawa masuk meja kerusi, kami maklumkan juga,
supaya guru pembimbing boleh beritahu susunan macam mana yang lebih baik.
Sampailah selesai, juga kami maklumkan. Alatan-alatan yang dah digunakan
disimpan di mana. Kenapa kami hias begitu begini. Terangkan sahaja, dia akan
hargainya. Pasti!
ok, jom tengok sikit perjalanan projek kami.
So, itu untuk
projek berbentuk tugasan amal kepada sekolah. Next entry, kita sembang pasal
tugasan jadi guru pengelola kawad, drama komsas, pantun, forum, dan sebagainya.
Sekian, teruskan mencari kisah anda dalam cerita kita.
post sebelum ini:
post sebelum ini:






















0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)