Bagi guru, kelas ganti agak
merumitkan berbanding kelas biasa. Sebab kelas biasa, kita tahu apa yang akan
kita buat atau ajar. Kalau kelas ganti, lebih-lebih lagi kelas yang kita tak
ajar, agak pening utuk cari aktiviti. Melainkan sekolah dah sediakan
modul-modul latihan untuk kelas relief. Jika tiada, bergantung kepada guru
sendiri untuk menjalankan sebarang aktiviti. Jadi, di sini saya cadangkan
beberapa aktiviti untuk kelas relief. Bukan apa, guru akan nampak tak berfungsi
jika hanya duduk di meja guru dan menyuruh murid-murid membuat kerja sendiri. Sesetengah
murid suka keadaan begitu, tapi ada juga yang agak tak selesa jika guru hanya
masuk kelas dan duduk sahaja. Malah kelas akan jadi bising dan tak terkawal
(melainkan kelas menengah atas, mereka hanya akan bersembang perlahan)
TIRU MACAM SAYA
Cara permainan:
1. Perkenalkan
kepada murid tajuk permainan dan tulis tajuk permainan di papan putih. Murid diminta
mengeluarkan sehelai kertas dan pen. Guru memeinta murid menulis
-
Pengirim: nama murid
-
Penerima: nama murid yang lain
-
Perbuatan: sebarang perbuatan yang ingin mereka
suruh kawan mereka buat
2. Murid
diminta menulis ketiga-tiga perkara ini. Bahagian perbuatan itu, sebarang
perbuatan yang murid ingin kawan mereka buat seperti menyanyi di hadapan kelas,
berpantun, lompat bintang, berlakon seperti pesakit jiwa, buat gwiyomi, dan
macam-macam lagi.
3. Tekankan
kepada murid peraturannya: perbuatan tidak boleh yang perlu keluar kelas, tidak
senonoh, melampaui batas manusia, dan yang terlalu bising.
4. Jadi
murid akan berfikir untuk mengenakan rakan-rakan mereka.
5. Setelah
guru mengutip semua kertas murid, nyatakan kembali tajuk permainan. TIRU MACAM
SAYA. Jadi sebenarnya, murid perlu buat dahulu perbuatan yang ditulis, barulah
kawan yang mereka suruh itu meniru perbuatan mereka.
6. Guru
mula memilih kertas dan meminta murid melakukannya di dalam kelas. Suasana akan
menjadi lebih gamat apabila perbuatan yang disuruh itu kelakar. Murid-murid
saya ada yang suruh azan kuat-kuat, bagi bunga pada cikgu, tidur, tutup kipas
kelas, tiru gaya pengetua, dan lain-lain. Lebih seronok bila suruh menyanyi,
satu kelas nyanyi sama-sama, tingkatan 1 haritu, nyanyi lagu Aku Tanya Apa
Khabar, satu kelas hafal lagu tu, apa lagi, kita pun rakam la. Kenangan. J
Jangan lupa
untuk menerangkan pengajaran permainan:
Jangan terlalu
seronok untuk mengenakan orang lain lebih-lebih lagi rakan sendiri.
Aktiviti lain
akan diceritakan dalam post seterusnya. Tunggu.
Aktiviti Lain:
KOTAK BERACUN dan PISANG GORENG
Aktiviti Lain:
KOTAK BERACUN dan PISANG GORENG
post sebelum ini:










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)