Cadangan aktiviti seterusnya bagi
kelas ganti atau relief.
KOTAK BERACUN
1. Guru
sediakan satu kotak atau bekas yang diisi dengan cebisan kertas yang ditulis
pelbagai perbuatan. Ini merangkumi perbuatan secara rawak ataupun soalan
berkaitan subjek yang diajar atau diganti. Bergantung pada guru, its your
class!
2. Guru
minta murid bergerak dalam bentuk bulatan. Kalau kelas terlalu sempit, guru
boleh bawa murid bermain di luar kelas, terpulang! di kantin, astaka,
padang(kalau cuaca redup dan tak hujan), dataran, dewan. Asalkan murid boleh
duduk bersila dalam bulatan.
3. Jadi,
mulakan permainan dengan minta murid menghulurkan kotak itu kepada seorang demi
seorang dalam bulatan sambil guru memainkan lagu di laptop ataupun di telefon
bimbit. Pastikan lagu itu rancak dan menarik minat murid serta kuat dan jelas
didengar oleh semua murid.
4. Bila
muzik dihentikan, murid yang sedang memegang kotak itu diminta mengambil satu
kertas dalam kotak tersebut dan buat perbuatan yang tercatat di situ. Suasana akan
jadi gamat jika perbuatan yang dibuat itu kelakar dan menarik.
5. Tips:
jika guru tiada bekas atau kotak, boleh guna bola kecil, atau bola yang
dipinjam di bilik pendidikan jasmani. Be creative!
PISANG GORENG
1. Permainan
ini sesuai jika relief kelas Bahasa Melayu. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan, biasanya saya bahagikan mengikut jantina. Kerana perlawanan akan jadi
lebih seronok apabila mereka berlawan antara lelaki dan perempuan. Masing-masing
tak nak kalah.
2. Mulakan
dengan satu kumpulan menyanyi lagu
dengan perkataan PISANG GORENG. Kumpulan lagi satu akan menyambung perkataan
yang terakhir seperti GORENG NASI, kemudian kumpulan seterusnya menyambung lagi
seperti NASI BASI hingga salah satu kumpulan tidak dapat menyambung lagi atau
tergagap. lagi cantik kalau guru sediakan hadiah, gula-gula seorang dua biji pun dah ok dah :)
3. Lirik
pertama: pisang goreng, pisang goreng, pisang goreng sekarang, goreng apa,
goreng apa, goreng apa sekarang….
AKTIVITI LAIN:
post sebelum ini:










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)