AKTIVITI KREATIF UNTUK KELAS
GANTI ATAU KELAS RELIEF.
BULATAN SAHABAT
Tujuan:
Merapatkan hubungan antara ahli
kelas.
Langkah:
1. Bawa
murid ke tempat lapang untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan gangguan
kepada kelas lain. Minta murid dudk seperti biasa.
2. Minta
murid untuk bergerak dalam kumpulan mengikut bulan kelahiran.
3. Kemudian,
minta murid membuat bulatan dengan menyusun mengikut tarikh hari dan bulan
kelahiran bermula 1 Januari sehingga 12 Disember.
4. Setelah
selesai, minta murid sebut tarikh lahir mereka dengan kuat mengikut susunan
seorang demi seorang.
5. Minta
murid duduk, minta mereka fikir dan beritahu makanan atau minuman kegemaran
mereka dan nyatakan bahawa nama makanan itu akan menjadi nama panggilan mereka
dalam permainan ini. Suasana akan jadi
gamat apabila makanan yang dipilih itu melucukan. Dalam kelas saya hari itu,
ada yang roti john nama panjang, panggil john. Ada air suam, kurma yusuff
taiyyob, air water cooller, nasi goreng kicap telur mata separuh masak (panjang
betul nama!)
6. Kemudian,
pilih seorang untuk sebut satu nama panggilan yang mereka ingat. Contoh: Nasi
Ayam. Kemudian, orang yang namanya Nasi Ayam itu, pula sebut nama panggilan
yang dia ingat. Sebut sehingga cukup 10 atau 15 orang. Nama yang berulang pun
dibenarkan.
7. Nama
panggilan yang tidak disebut diminta keluar daripada bulatan dan disingkirkan.
8. Guru
akan minta setiap murid dalam bulatan untuk sebut tarikh lahir seorang rakan
lain yang berada dalam bulatan. Jika salah, mereka terkeluar dan kalah. Jika
betul, mereka dikira sebagai pemenang.
SELAMAT MENCUBA!
Aktiviti lain:
post sebelum ini:










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)