Mahu cerita serba sedikit tentang
PENGALAMAN BERGELAR GURU PRAKTIKAL. Lepasan IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Dengan bermajorkan Geografi, berminorkan
Bahasa Malaysia, aku bawa jasad dengan rendah dirinya ke SMK PONDOK UPEH, BALIK
PULAU, PULAU PINANG. Tempat mencedok berjuta ilmu bergelar guru.
Permulaan masuk usah ceritalah
bermacam rasa dalam hati ini. Sudah persis lai ci kang, ditambah pula ais,
sejuk… tapi nyaman… tapi terkadang terasa ngilu, tapi nak lagi. Begitulah.
USM tugaskan kami berlima
berkampung di situ. 3 bulan. Memang bukan tempoh yang lama, tapi cukup lama
untuk cedok kaut sedut macam-macam ilmu.
Tips pertama, mula-mula masuk, TEGUR PAK GUARD
DULU. sebab pak guard ini akan bantu kita banyak benda di belakang hari. Nak
siapkan mural dah makan waktu cuti, jadi bodeklah pak guard untuk bagi lepas
kita masuk. Nampak kan permainannya di situ?
Tips kedua, BILA DAPAT SUBJEK
UNTUK DIAJAR, AMBIL NAMA GURU ASAL YANG MENGAJAR. Mudah untuk kita rujuk dia
nanti. Kami bertuah Alhamdulillah. Hampir semua guru yang kami ambil kelasnya
banyak membantu. Beri buku teks, buku rujukan, buku PBS. Segala macam.
Tips ketiga, JANGAN MALU BERTANYA!
Wajib mesra dengan semua guru. Kadang-kadang bila kita masuk ramai-ramai, kita
berkumpul kita-kita saja. No! jangan buat macam tu sebab orang perhatikan kita.
Kalau 5 orang praktikal satu sekolah, time perhimpunan tu, 3 duduk belah lain,
2 orang duduk belah lain. Pecahkan kelompok kita. Tapi bukan bermakna putus
kawan terus. Bukan.. Cuma sekadar nak kelirukan pihak lawan. Eh!
Tips keempat, JAGA HUBUNGAN
ANTARA GURU-GURU PRAKTIKAL. Kita ini sama-sama orang baru. Sama-sama kongsi
ilmu. Enjoylah bekerja antara anda semua. Sebab di situ hanya kita saja.
Tegurlah kalau ada yang buat salah, supaya tak tercalar nama kita dan imej institusi
kita. Nak mengadu pun, pada siapa lagi kan kalau bukan rakan sepraktikal. Sebab
kita faham sesama kita. Brotherhood katanya!
Tips terakhir, ini penting!! Hari
pertama masuk kelas memang mendebarkan. Jumpa macam jenis murid yang pertama
kali kita berurusan. Excited macam mana pun, geram macam mana pun, nak marah
macam mana pun, jangan cerita sama-sama kita dalam bilik guru! Jangan! Jangan! Jangan! Bilik guru bukanlah besar
mana, kadang-kadang niat nak puasa esok dalam hati pun boleh dengar. Ok, over!
Tapi betullah, kita suara dah lah serupa komander, cerita sikit pasal budak
kelas yang bising, susah nak kawal, tak sanggup nak lalui lagi 3 bulan. Semua
tu cikgu-cikgu kat situ boleh dengar. Balik rumah nanti baru cerita, nak
jerit-jerit stress ke, nak mengata murid ke, buatlah sampai lega hati tu. Di
sekolah, JANGAN. So, behave yourself!
So, goodluck for your first day
as a practical teacher. Hari pertama memang mendebarkan, dan terkadang kalut.
Tapi rileks, percayalah, esok-esok akan jadi lebih baik Insha Allah. Akan ada
banyak lagi TIPS UNTUK PERTENGAHAN PRAKTIKAL, PENUTUP PRAKTIKAL, CONTOH
PENGAJARAN KREATIF, TIPS BERDEPAN DENGAN PENSYARAH, dan entah apa lagi entah
yang boleh aku kongsi di sini. Nanti sertakan link. Just click.
Kita ini cuma bercerita, dan orang yang baca
atau dengar bukannya apa, cuma nak cari kisah mereka dalam cerita kita. ; maka
cari. (ayat fynnjamal pulak!)
post sebelum ini:
post sebelum ini:










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)