Ahad, 22 Julai 2012

TAK PERLU GHAIRAH UPDATE STATUS ITU INI DI LAMAN SOSIAL.

assalamualaikum.. baiklah, Ramadhan yang kedua berjalan dengan lancarnya. dan Alhamdulillah sempat berpuasa bersama kesemua family members walaupun tak lama. maklumlah, adik-adik dah kena pulang ke asrama, Along pun dah kena gerak ke Penang sebab esok sekolah. so, it was a good moment for us to fasting together, walaupun hanya untuk 2 hari.
berdasarkan tajuk di atas, tidak bertujuan menunding jari kepada sesiapa, bukan juga menterbalikkan tundingan jari ke diri sendiri, tetapi bak kata orang, siapa makan cili, dialah yang akan mencari air dahulu. haha selalu menafsir jauh dari peribahasa sebenar.
mengakses masuk ke laman sosial hak semua orang, dan semua orang ada hak untuk menulis. tapi pernah tak terfikir tentang hak emosi orang lain? anoyying weh dok update status macam-macam kat mukabuku or bercicip tu. serius sebenarnya tak kisah langsung orang yang update status banyak kali, its ok for me, tapi kalau status yang boleh buat orang cakap 'euwwwww', baik fikirkan lebih awal sebelum update. ya, hakikatnya laman sosial tu memang bukan sesiapa yang punya, tapi setiap manusia punyai perasaan bukan? jangan menganggu gugat pemikiran dan perasaan orang lain dengan status yang langsung tak releven. (ok, awat beremosi sangat ni? astaghfirullah)
"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)
sekadar berkongsi, sebab tahu, takkan berlaku perubahan pun, cukup sekadar mengingatkan diri sendiri. wallahualam.
p/s:last2 sorang pun tak faham apa isi kandungan entry ni. biarlah...
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...