Jumaat, 20 Julai 2012

BINCANG JUMAAT: AZAM RAMADHAN SETIAP TAHUN

assalamualaikum..Jom sambung segmen BINCANG JUMAAT! nampaknya hari yag ditunggu-tunggu telah tiba. esok akan bermulanya saat istimewa buat semua umat Islam di seluruh dunia. RAMADHAN.. ya, start menaip ini, hujan terus turun dengan lebatnya di bumi Felda Selancar. mungkin meraikan hadirnya bulan kemuliaan, atau juga hujan rahmat meraikan rezeki yang baru sahaja diterima oleh para isteri-isteri peneroka di sini. rezeki nak sambut ramadhan mungkin.. beratur kenderaan kat dewan orang ramai macam rumah terbuka gamaknya.
kata orang, masuknya bulan Ramadhan ini, terbukalah pintu segala rahmat, berlipat kali ganda kurniaan dari-Nya. teringat kata-kata ustazah dalam tazkirah petang semalam, 'inilah peluang kita untuk memasang azam dan amalkannya. peluang kita untuk mendekati syurga dan menjauhi azab neraka. semoga amalan- amalan yang telah diperbaiki di bulan Ramadhan ini dapat dikekalkan sampai ke akhir hayat kita InsyaAllah'
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
teringin nak kongsi sedikit sedutan daripada hal ehwal islam malam semalam, siapa tengok? live dari Istana Negara. venue dia gah betul.. seronok tengok. kata Ustaz (argghh lupa nama ustaz tu!) :
'Ramadhan ini macam musim bola jugak. 10 hari pertama itu pusingan kelayakan, semua orang join terawih. dalam bola pun sama, semua join, negara-negara yang duduk kat ceruk pun join. then, 10 malam kedua, separuh akhir. yang adanya, tok imam, ajk masjid, pak cik-pak cik, adalah sikit orang muda, dan budak-budak dok baling mercun sana sini. mak-mak dah sibuk buat kuih raya. dan 10 malam terakhir, final. tok imam dok "Ya Latiffhu Ya Khafi~~" takde orang nak menyahutnya. sedangkan 10 malam terakhir itulah yang perlu kita hadirkan ketenangan dalam diri kita dengan ibadah-ibadah yang mendekatkan diri kita dengan pencipta di atas sana.. NAUZUBILLAH... *peringatan untuk saya juga*
jadi,Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Berpuasa, Dan Selamat Mengamalkan Azam Kita Pada Ramadhan Kali ini InsyaAllah.
entry sebelum ini:
p/s: seronok dapat menyambut Ramadhan sepenuhnya di rumah ^_^

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...