ssalamualaikum... jom teruskan segmen BINCANG JUMAAT kita. hari ini ingin bercerita mengenai nikmat. ya, nikmat hidup, nikmat kebahagiaan. tetapi ingat, nikmat terbesar dalam hidup kita ialah nikmat Iman dan Islam. tak semua dapat memilikinya. nak menjaganya pun sesuatu yang sukar, sebab itulah, untuk merasai kemanisan dua nikmat ini perlu melalui pelbagai cabaran.yang penting, semua itu tak mustahil. jadi, ayuh saudaraku! genggam tangan bersama,kita orak langkah demi langkah untuk mencapai kemanisan itu. haiya bina'! :)
bersastera pulak pagi-pagi Jumaat. satu contoh insan yang tak pernah kenal erti putus asa.

kadang-kadang kita lupa apa yang berharga yang ada pada kita..
jadi semua, duduk dan berfikirlah sejenak. betapa banyak nikmat yang Dia hulurkan kepada kita. daripada buka mata dan lihat wajah mak dan ayah, membesar menjadi kanak-kanak ribena yang aktif, membesar lagi menjadi remaja, terkadang menjadi bahan kemarahan mak ayah, terkadang menjadi kebanggaan dua insan mulia itu, sampai la sekarang.. boleh ambil kalkulator dan kira nikmat Allah kepada kita? silakan..silakan..
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,30,32,34,36,38,40,42,45, 47,49,51,53,55,57,59,61,
63,65,67,69,71,73,75,77)
p/s: Alhamdulillah~
entry sebelum ini:










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)