Rabu, 27 Jun 2012

KAWAN ADA DI MANA-MANA

assalamualaikum.. hmm menghitung hari nak pulang ke kampung. kalendar dah nak terkoyak dah dok tanda-tanda. hehehe...
orait, post ini istimewa untuk semua sahabat-sahabat yang hadir dalam hidup ini.. bak kata pepatah, berkawan biar beribu, berkasih biar satu ye dak?
start dari sahabat-sahabat dari zaman sekolah tadika dan sekolah dulu, time hingus-hingus lagi kan, memang seronok. maklumlah, hidup tahu makan, dengar cakap mak ayah, pergi sekolah, main, dan tidur. thats all. masing-masing dengan perangai masing-masing. time tu kata ganti nama diri yang popular digunakan ialah 'kita' tapi masalahnya, ia merujuk kepada seorang sahaja. memang telinga cikgu BM time tu panas je kan.. haha..nak buat macam mana, nak guna 'saya', macam sopan santun sangat, nak guna 'aku', nampak ganas sangat kan.. so amik yang middle punya.. hehe.. rasanya kalau dibawak buat reunion kawan-kawan sekolah tu, memang tak kenal dah.. kalau dulu, tudung dah macam belacan dah, tiba-tiba sekarang, diva woo.. kalau yang lelaki, rambut sume sikat tepi sume, laa ni takyah habaq la, ala-ala korea gitu kan.. hahaha...
then, beralih ke zaman sekolah menengah. SMKAP mengajar diri ini banyak erti persahabatan, maklumlah, hidup kat asrama, siapa lagi yang ada berkepit di sisi 24 jam kalau bukan sahabat kan? time ni la, hidup kat dunia ini more tu 'meraba-raba mencari identiti diri'.chewah, sastera gitu. dan yang banyak membantu pastilah sahabat. kalau balik rumah pun, perkara yang diceritakan kat mak ayah, pasal kawan-kawan. hiks~ belajarnya entah ke mana. bila kaki dah menginjak peringkat tingkatan 6, memang rasa diri sangat senior. matang kononnya. dan bermula di situ, kesedaran muncul untuk 'berlari untuk capai impian yang tu dia tinggi mak aih!' dan sahabat-sahabat ketika itu seolah-olah fahan konsep tersebut, dan kami seperti peserta di garisan permulaan lumba lari yang tengah warm up untuk perlawanan yang tak ada ulangannya. jika gagal kali ini, impian tu pasti lebih sukar untuk dicapai. dan, Alhamdulillah, di USM inilah hasilnya.
USM satu lagi cabaran besar dalam perjalanan hidup yang masih jauh ni. nak dikatakan bertuah sebab dapat jejak USM ni, memang syukur Alhamdulillah. masa mula-mula masuk, takyah habaq mai la berdebar dalam hati ni.. dok pikiaq nak kawan ngan sapa, nak belajaq macam mana, dah la jauh di perantauan. terkinja-kinja sorang-sorang nanti memang tak boleh hidup la macam ni. tapi lihatlah sekarang, dah ada ramai kawan yang sentiasa ada untuk diri ini. dengan merekalah kami belajar, berjimba, kongsi pengalaman, kongsi kerisauan, tidur lewat buat assignment, berjalan berpeluh-peluh ke kuliah, berlari-lari dalam hujan sebab lupa bawak payung, tengok teater dan persembahan lakonan kawan-kawan sendiri, dan yang paling seronok, ramai-ramai pi tengok result carrymark, muka masing-masing macam nak melekat kat kertas result tu nak cari nama, bila A, tadah tangan tu dia tinggi, Alhamdulillah.. bila result..emm.. masing-masing muka serius sambil cakap"kita kena struggle untuk exam pulak!" sweet ok!.. dan banyak lagi la.. thanks untuk semuanya, kawan-kawan:)
beralih pula ke sahabat di alam maya. yang ini memang best. ada yang kenal melalui blog dan facebook. kalau di blog, more kepada giveaway, dan perbincangan mengenai isi sesuatu post. kalau di facebook, skop penceritaannya lebih luas. yang bagusnya, perkongsian ilmu tu sentiasa ada. daripada perkara dunia-dunia ni, membawa pula ke perkara akhirat. uish, memang tabik dengan sahabat yang banyak ilmu, dan tak kedekut utnuk berkongsi ilmu. semoga ada rezeki kita untuk berjumpa di alam realiti insyaAllah. *siapa kata facebook melalaikan? asalkan tahu memanfaatkannya, insyaAllah, semuanya akan dihitung oleh yang di kanan dan di kiri bahu ini*
tapi, bila difikirkan kembali, Allah dah aturkan semua jalan hidup kita secantik-cantiknya. memang clear. jadi, bila teringat frust menonggeng sebab tak dapat tawaran matrikulasi, maktab, masa lepas SPM dulu, rasa diri ni tak cukup bersyukur. cuba hangpa pulak pikiaq jalan hidup hangpa, cantik kan? setiap perkara yang berlaku tu, at last, pasti ada sebabnya. Allah pencipta kita, Dia lebih tahu apa yang better untuk hamba Dia ni.. :)
"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai
saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"
p/s: selalu borak-borak dengan kawan-kawan, depa dok cakap, 'patut la aku tak mintak universiti lain kan, kalau tak mesti tak jumpa ngan hangpa kan" dan yang lain senyum dan angguk-angguk kepala macam menteri berbincang dalam parlimen.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...