Khamis, 28 Jun 2012

IMBASAN DEBARAN MENANTI RESULT KEMASUKAN IPTA

assalamualaikum.. sedar tak sedar, dah habis satu semester aku di USM. sekejap saja rasanya. maklumlah, sibuk dengan macam-macam perkara (pfftt!) pagi tadi usha-usha laman web kemasukan ke IPTA, setelah sekian lama tak menjengah. kalau dulu, hari-hari bukak, padahal dah tahu tarikh keputusannya keluar. degil la kata ko.. so, dengar cerita result kemasukan ke IPTA untuk lepasan STPM keluar minggu kedua Julai ye? semoga berjaya ye adik-adik. banyakkan berdoa. semoga Allah memberi jalan hidup yang terbaik untuk anda semua.
kalau nak diimbas kembali la, saat-saat macam ni memang saat yang menakutkan. bukan apa, makin dekat tarikhnya, makin bedebor rasa hati ye dak? siapa yang pernah lalui mesti tahu. kata orang, tidur tu, kejap tidur, kejap bangun, keja tidur, kejap bangun, dah boleh buat qiamulail dah pun. mandi pun tak fokus, boleh tertukar shower gel dengan syampu. makan pulak, takyah cakap la, kat pinggan tu nampak pintu gerbang universiti impian (ok, hyperbola di situ). tapi yang penting, dalam solat, habis je solat, hati tak henti-henti memohon rezeki dan jalan hidup yang baik daripada-Nya.
siapa tak risau weh, sebab dah ada pengalaman masa habis SPM, asal cek result je, "MAAF, PERMOHONAN ANDA GAGAL" siap kaler merah lagi. marah sangat la kot nya. tapi bak kata pepatah, kalau dah sekali jatuh dalam lubang tu, kalau boleh, jangan la jatuh lagi,kan? (maaf la, bab-bab pepatah ni memang fail sikit) amik iktibar la ayat simplenya.
jangan risau adik-adikku, percaya dan pegang teguh pada rezeki Tuhan. Dia lebih tahu, betul.. Dia tahu, start dari korang berazam nak belajar betul-betul, sampai la akhir nanti, Dia dah atur yang terbaik, malah lebih awal dari tu, dan yang akan datang 20,30 tahun akan datang pun Dia dah atur. don't worry. apa yang penting (kerjasama!) banyakkan berdoa. itu pesanan daripada saya.
agak-agak ada yang sedang menunggu result IPTA tu, kongsi-kongsi la sikit debarab tu, nanti tak la terasa sangat, kan? goodluck daripada saya, Fadwa Daud untuk anda semua.. dah berjaya, teruskan lagi usaha, jauh lagi highway nak dilalui tu, ok? :)
sabar weh,aku pun risau jugak..
nanti kita masuk U sesame tau!
p/s: ada yang mohon USM Penang, kos sastera dengan pendidikan tak? habaq mai kat cek cepat, boleh buat geng nanti :)
entry sebelum ini

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. salam. akak sya dpt cos sastera dengan pendidikan. alhamdulillah.akak leh share tak gn sya. best x. akak amek major n minor apa..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam dik.. alhamdulillah.. tahniah ye dear :) best dpt kos ni sbb kita akan rasa nilai keguruan tu.. akak dpt major geografi, ingat nk amik minor bm.. nnt add la facebook akak, Fadwa Daud.. kita leh cite2 lagi.. insyaAllah jumpa kat usm nnt, sbb tak jauh pun senior dan junior :)tahniah lg sekali dik!! ^_^

      Padam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...