Khamis, 14 Jun 2012

BILA SEDAR DIRI TAKLAH SEKUAT MANA

dulu bila lama tak balik rumah, tak rasa rindu sangat. siap gelakkan orang yang asyik nak balik rumah je..
dulu bila duduk lama di perantauan, tak rasa sunyi sebab ada je benda nak dibuat. siap cerita itu ini kat mak pasal apa yang berlaku kat sini..seronok kononnya..
dulu bila lama tak rasa masakan mak, masih boleh bertahan makan itu ini, siap asing duit untuk makanan sahaja..
dulu bila lama tak lepak-lepak ngan mak ayah, masih boleh cover dengan borak-borak via telefon, siap topup banyak-banyak untuk borak lama-lama..
dulu bila lama tak jumpa adik-beradik, boleh sabar lagi, telefon dorang pun jarang-jarang, tak rindu la konon.pfttt~

sekarang, bila lama SANGAT tak balik, rindu tu tiba-tiba usha hati ni, mula la nak nangis bagai.. why?!!
sekarang bila lama SANGAT duduk di perantauan, sunyi tu tiba-tiba menyibuk walaupun ada benda lain boleh dibuat, semua kerja jadi tak best nak dibuat..
sekarang bila lama SANGAT tak rasa masakan mak, selera makin hilang..diet la kononnya..
sekarang bila lama SANGAT tak lepak-lepak ngan mak ayah, telefon saja memang tak cukup, lepas tu mula la golek-golek sesorang kat katil tak tahu nak buat apa..
sekarang bila lama SANGAT tak jumpa adik-beradik, hati dah tak boleh sabar bila semua balik rumah masa cuti tapi tak untuk diri ni..

tunggu wawa balik ye:(

nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik..

tapi tak perlu kot mengeluh, sebab sekurang-kurangnya ada kawan-kawan kat sini, sebab tak balik bukan untuk perkara yang sia-sia, tak balik untuk kumpul sedikit pengalaman, untuk jalankan tanggungjawab dan amanah... Tuhan, ikhlaskan hati ini..


p/s: tak perlu remehkan tanggungjawab orang kalau kita tak tahu seberat mana tanggungjawab tu dan sepenting mana ia sehingga akan dipersoalkan di sana nanti.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...