
assalamualaikum...okeh,seperti yang dijanjikan,aku akan terangkan tentang apa yang aku dapat semasa kursus pengucapan awam dalam program Setapak Tuju Puncak Menara ari tue..kursus nie memberi info tentang cara memberi ucapan,tips,dan juga pantang larangnya...so,jom kita mulakan perkongsian ilmu ini..

PENGUCAPAN AWAM~kelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan,iaitu suara dan perkataan serta bukan lisan.
biasanya yang memberi ucapan tentulah seorang pemimpin..jadi,ciri-ciri seorang pemimpin ialah:
-yakin dengan apa yang diucapkan
-yakin dengan apa yang dilakukan

-selalu gunakan perkataan 'kita' dan bukan 'kamu'(menandakan dia juga akan turut bekerja dan bukan sekadar mengarah orang bawahan)

-mementingkan struktur ucapan dan masa(pengenalan,isi ucapan,dan penutup)
Tujuan pengucapan:
-memberi maklumat
-mempengaruhi
-memujuk
-bertukar pandangan
-syarahan umum
-menghibur

Jenis ucapan:
-ucapan yang dihafal(pertandingan)
-ucapan dari teks(teks ucapan menteri pendidikan semasa Hari Guru)
-ucapan yang tidak dijangka(anugerah)
-ucapan yang tidak bersedia

Tips ucapan yang efektif:
-pandai menangani kegugupan

-pandai menganalisa audiens/pendengar

-kumpulkan idea dan maklumat
-ada aturan bahan ucapan
-merancang pengenalan ucapan
-merancang penutup ucapan
-membuat latihan ucapan
-menyampaikan ucapan
Memulakan ucapan:
-lahir dari diri sendiri
-berkeyakinan dan tenang

-adakan hubungan dengan pendengar
-tunjukkan senyuman

-mulakan ucapan tanpa tengok nota
-mulakan dengan terima kasih
-perkenalkan diri(untuk elakkan dikatakan sombong)

-nyatakan perasaan,harapan,dan jangkaan terhadap pendengar
Ketika berucap:
-nyatakan rangka isi ucapan
-mulakan dengan isu hangat atau isi semasa
-nyatakan betapa pentingnya ucapan anda
-membuat sedikit jenaka

-ajukan soalan,kaitkan dengan pendengar
-gunakan kata-kata hikmah
-selitkan contoh,data,statistik
-nada suara yang sesuai
-perkatakan sesuatu mengenai majlis
-kaitkan dengan sejarah
-memuji pendengar dengan ikhlas
Pergerakan tubuh badan(kepala,mimik muka,eye contact,tangan jari,bahu,dan gaya berdiri serta berjalan)


Pantang larang ketika berucap
-jangan katakan begini ketika permulaan ucapan:
>"saya minta maaf awal-awal kalau saya salah cakap"(nampak tak yakin)

>"sebenarnya ini kerja orang lain"(nampak seperti x bersedia)
>"sebenarnya saya tak pandai bercakap"(melemahkan perhatian pendengar kepada kita)

>"saya sebenarnya tak bercadang nak bercakap hari ini"(nmpak cm nak tak nak je bcakap)

>"inilah kali pertama saya berucap"(menampakkan kita tidak berpengalaman,diam2 jee)

>"saya nie sebenarnya bidan terjun je"(menunjukkan kita bukan orang yang sesuai untuk berucap)

>"minta maaf ye,saya tertinggal nota"(nampak sangat x sistematik!)

-jangan bergayut pada tempat berucap
-jangan berdiri senget dan menenggek
-jangan berpeluk tubuh
-jangan letakkan tangan di dalan poket
-jangan buat pergerakan yang melampau

-tidak bergerak terlalu kerap
-tidak menggaru,menggosok hidung,mematahkan jari,menggaru misai dan janggut

-tidak membetulksn pakaian dan rambut
-tidak bermain lidah dan bibir
-tidak bermain dengan alatan

-tidak kerap menyelak nota

Penutup dan rumusan:
-rumuskan apa yang disampaikan
-selitkan mutiara kata
-berikan harapan kepada audiens/pendengar

-ucapan terima kasih kepada penganjur

-ucapan terima kasih kepada pendengar
-berjalan ke tempat duduk dengan sopan dan bersemangat











0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)