Ahad, 18 Ogos 2013

WAHAI MEREKA DI SANA, WAHAI MEREKA DI SINI..

Asalamualaikum.. menjengah tabir blog yang sekian lama tertutup sejak sebelum Syawal lagi. Namun kukira masih belum terlambat untuk mengungkap Salam Syawal kepada semua yang mengenali diri ini, mahupun kepada semua yang telah mula melupai, moga ada secebis kenangan kita yang membuatkan kita kembali mengingati. 
Beikutan apa yang berlaku di negara saudara kita, kukira semua sedia maklum tentang itu. Tiada kata yang dapat diungkap, hanya doa berterusan yang dapat diutuskan.
Wahai mereka di sana, tiada apa yang menanti kalian selain syuga ganjaran-Nya. kumohon ketabahan dan kekuatan. Benar kata mereka, aku mungkin hanya bijak menitipkan kata-kata ini, tapi sejauh mana kemampuanku untuk membantu. Aku sendiri tidak pasti.
Wahai mereka di sini, syukur pada ketika ini, kita masih mampu merasai keamanan. Tapi percaya atau tidak, ia sedikit demi sedikit diragut. setiap hari pasti ada darah yang tumpah. si dia itu ditembak mati, si dia ini, dikelar bapa sendiri, si dia di sana, dibakar hidup-hidup, si kecil itu, diculik daripada keluarga. Ingatan buat semua dan diri sendiri, kelekaan kita mengundang bahaya buat diri kita sendiri. 
p/s- Berdoalah untuk Mesir dan Syria.
post sebelum ini-

SEMOGA MEREKA BAIK-BAIK SAHAJA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...