Sabtu, 3 Ogos 2013

SEMOGA MEREKA BAIK-BAIK SAHAJA

Dua tahun yang lepas, aku kenali mereka di satu sudut dunia yang berada di celah-celah kesibukan masyarakat. Dalam usia yang masih mentah, mereka ditinggalkan tanpa insan bergelar ibu dan ayah. Namun, keprihatinan masyarakat telah memberi mereka peluang untuk punya satu cahaya dalam kehidupan. Syukur ya Tuhan, Kau pelihara mereka selayaknya yang mereka patut terima. Pernah aku berbicara tentang mereka dalam post INI dan INI JUGA. Kali terakhir aku menjengah mereka, aku kira kesemua mereka masih ada, tapi hakikatnya kebanyakkan anak-anak kecil ini tidak lagi berada di situ, diambil oleh keluarga angkat. Dalam bulan mulia ini, aku mohon semoga keadaan mereka baik-baik sahaja. Kerana sudah sekian lama aku tak dengar hilai tawa, usikan, kenakalan, kepetahan mereka. Benar aku rindu.. Pelihara mereka Ya Tuhan..
post sebelum ini-

4TH POST:BERZODIAK PULAK DAH RAMADHAN NI..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...