Jumaat, 2 Ogos 2013

4TH POST:BERZODIAK PULAK DAH RAMADHAN NI..

Salam Ramadhan ke-24. Apa khabar amalan setakat ini? semoga kekal diterima di sisi Yang Esa InsyaAllah. Baiklah, beralih sebentar kepada segmen REVIEW POST yang seterusnya. Kalau yang lepas kita berbicara tentang PLKN, kali ini kita berbicara tentang zodiak. masa post ini dikeluarkan, entah dari mana aku amik info itu pun aku dah tak ingat..almaklumlah, 3 tahun yang lepas.. ok, KLIK SINI untuk baca post tersebut.
Menurut kajian dan bacaan aku melalui alam maya ini, zodiak atau dikenali juga sebagai horoskop ini sebenarnya digunakan sebagai kalendar untuk menunjukkan waktu. Tapi sekarang, ramai yang mengambilnya untuk tujuan ramalan nasib, nauzubillah.. sesungguhnya perjalanan hidup kita ini sudah indah terukir oleh Yang Satu. 
ini ulasan Dr Mohd Asri mengenai perkara ini-
Kebanyakan golongan mengambil zodiak untuk meramal nasib mereka pada masa yang akan datang, ini antara ulasannya-
Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.
*Jangan percaya sangat benda-benda macam ini, itu sekadar idea aku untuk memenuhkan blog ini sahaja. aduyai..*
post sebelum ini-

[GAMBAR,VIDEO] KEKAL MUDA DENGAN MINUMAN INI


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...