Sabtu, 31 Ogos 2013

SYAWAL ADA LAGI KAN? AYUH BERAYA!!

*post ini ditaip secepat yang mungkin* Assalamualaikum semua. Menginjak Syawal yang ke-24 ini, mengambil sedikit kesempatan meraikan Aidilfitri bersama-sama penduduk perumahan guru SMK Perwira Jaya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Bermula dari pemasangan khemah di lorong jalan depan rumah aku, strategik kata mereka, *aku pun tak nampak mana strategiknya.. hahaha* pembahagian tugasan untuk menyediakan juadah, hinggalah ke majlis makannya, sempurna. Syukur sempat merasa jamuan untuk tahun ini walaupun malam ini dah nak bergerak pulang ke USM, raya tetap raya, maklumlah, tahun lepas tak dapat turut serta, kekangan kerja.. chewah! 
Bermula daripada pagi, proses menghias dan menghidang, Pukul 11 lebih tetamu dah mula tiba, seronok pulak menyambut cikgu-cikgu lama. Suasana meriah bila pak cik aiskrim datang bawak tong dia tu, letak depan rumah aku, tudiaaa.. pak cik aiskrim macam artis ko budak-budak tu kerumun.. pak cik tu senyum manis je.. semanis aiskrim kon dia tu..hahaha..
Next, Pengetua dah mula nak bagi duit raya. kalau pak cik aiskirm macam artis, Pengetua macam Ben 10 bila budak-budak mula keliling beliau. Slek betul la aku dah 22 tahun, kalau tak, aku rasa aku pun sama beratur amik duit raya... hahaha.. kenangan.. kenangan..
Bekas-bekas guru SMKPJ pun ramai yang datang, yang paling dihargai, mantan pengetua, Cikgu Raub! bila dia sampai je dari Batu Pahat, jelas nampak gembira dan sebak di wajah guru-guru di ini, Pada aku, beliau ketua yang baik, hingga nama beliau tak lekang di bibir murid-murid dan guru yang pernah berada di bawah pimpinan beliau. Ok, aku pulak yang sebak nih!! 
Ok, cukup kiranya aku bercerita.. jom zoom gambar pula!
 Cikgu Raub nak rasa aiskrim jugak.. huhu ^_^
Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang turut sama membantu, rasa damai bersama mereka. Kalau dulu, jumlah kanak-kanak sangat rendah, kini perkampungan itu sudah mula riuh dengan suara-suara kecil. Kalau dulu, hanya tiga buah rumah sahaja yang digelar 'rumah guru', kini bilangannya sudah cukup untuk digelar 'masyarakat'.
Sempat jugak kot nak ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN, MALAYSIA!!! ^_^
p/s:sempat juga kucup tangan guru kesayangan sebelum aku pulang ke bumi Penang.
~Pray For Egypt and Syria~
post sebelum ini:

[VIDEO] EPILOG SEORANG MANUSIA TAJUKNYA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. assalamualaikum.... wow bestnya.... Fuiyoooohhh
    Dah follow sini :)

    BalasPadam
  2. wah...
    kn raye 1 bln..
    jom raye slagi leh ye.. hihi~... :3

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...