Selasa, 4 Disember 2012

ITU BUKAN BEBANANKU

assalamualaikum.. baiklah.. cabaran diteruskan lagi. oyeah!! berpeluh-peluh mengejar masa untuk itu dan ini. perlu menjaga keberadaan tanggungjawab yang di sebelah sana, dan di sebelah sini. belum lagi tanggungjawab yang di hadapan sana. ok, tak faham kan? tak apa. boleh diperjelas. memegang jawatan yang pelbagai bukan bermakna kita terlalu berkuasa. apatah lagi gila kuasa. tapi sebenarnya ia lebih kepada pencabar tegar kekuatan fizikal dan mental. kadang-kadang lupa tentnag kebajikan diri sendiri. ya, masa untuk diri sendiri, keluarga, dan kawan-kawan ada kalanya terabai. ya, maafkan diri ini. 
tapi apa yang pasti, semua tanggungjawab ini mengajar diri untuk belajar jadi perempuan yang kuat. kalau dulu naik 30 anak tangga itu boleh lelah dibuatnya, tapi sekarang dah boleh pusing satu USM sambil tersenyum (ok, hyperbola!) kalau dulu, kerja MPD berterabur bersama assignment dan macam-macam lagi, tapi kini sentiasa rasa tenang duduk di meja belajar bila semuanya tersesun rapi. benar kata mak, kalau kita ikhlas, semuanya akan jadi seronok. ya, MPDS, ST JOHN, itu bukan bebananku. tapi itu guru terbaikku. semoga pelajaranku tidak terabai sebab mak cakap, walau sesibuk manapun, belajar jangan pernah tinggal. sebab tujuan utama berada di USM untuk BELAJAR. :) ok, done!
hohoho.. ada benda baru... tak mahal pun, tapi boleh tukar2. hahaha.. rasa macam Teletubbies kalau pakai.. BIG THANKS TO PENJUAL BUNGA ITU!!! :D

:)
entry sebelum ini:

CABARAN SEMINGGU BERSAMA BLOG


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...