Isnin, 28 Disember 2009

10 WATAK MENAKUTKAN

cerita hantu or what we call GHOST adalah salah satu favourite aku..aku pun x tau apsal aku minat sangat pasal makhluk nie..adakah aku dah dipukau??hahaha..x mungkin..aku rasa aku minat sebab ia adalah sesuatu yang misteri..kan?tapi jujur la aku cakap aku ni bukan nye berani sangat,sekadar mennonton filem2 hantu,thriller tue boleh la..tapi untuk menghadapinya?oh,TIDAK!!

jadi..aku dah discover serba sedikit tentang cerita hantu,n ada kajia yang telah dibuat di Jepun.aku rasa mesti ramai dah baca kan?ah!x kisah la,aku nak cerita gak..kajian yang telah dibuat,bertanya kepada 1000 orang lelaki dan perempuan tentang siapakah watak filem seram yang paling mereka gemari/takuti.maka di sinilah keputusannya..
maklumat watak..
pandangan aku..
NO 10
Tomie(TOMIE)

>>seorang gadis yang tidak boleh mati dan mempunyai kuasa untuk membuat orang jatuh cinta kepadanya.disebabkan sifatnya,dia memperalatkan lelaki dan kadang kala perempuan untuk membuatkan mereka marah sehingga menyebabkan mereka melakukan tindakan yang ganas.
>>emm..apa yang menakutkan sangat??patut laa dapat no sepuluh..hahaha..cuba bayangkan kalau Tomie baca blog aku,confirm dia cari aku..ish,kena minta maaf ni..

NO 9
Oiwa(YOTSUYA KAIDAN)

>>ialah cerita hantu klasik Jepun ynag paling terkenal.mengisahkan Oiwa yang telah dikhianati dan dibunuh oleh suaminya dengan racun,dan dia kembali untuk membalas dendam.akibat kesan keracunan,sebelah mukanya bengkak dan mereput.
>>LELAKI KEJAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

NO 8
Jigsaw(SAW)

>>pembunuh bersiri dalam filem Saw.dia adalah seorang 'genius' kerana tidak membunuh mangsanya sendiri ataupun secara terus.dia mereka pelbagai jenis peralatan pelik/kejam dan memberi ujian yang membawa maut kepada mangsanya untuk 'membetulkan' kesalahan yang penah mereka lakukan.
>>genius???wth!!kalau macam nie la,aku rasa xde sorang pun yang berani wat kesalahan..huhuuhu..eh,jap..dia naik basikal ke??auww..so cute!!!

NO 7
Chucky(CHILD'S PLAY)

>>anak patung kegemaran ramai...chuckyadalah anak patung biasa yang diberikan kepada seorang budak sempena hari lahirnya.ia telah dirasuk oleh roh pembunh bersiri,menjadi bernyawa dan mula h membunuh orang.
>>jap nak periksa patung yang ada dalam rumah aku..ermmm..aku mula rasa seram sejuk la..aku mula rasa diperhatikan..ohohohoho


NO 6
Kayako(JU-ON)

>>terkenal dengan rambut panjang yang menutup muka,merangkak yang sukar kerana tulang leher yang telah patah serta jeritan yang menakutkan dari mulutnya.dia dan anaknya mati dibunuh oleh suaminya yang kemudiannya membunuh diri.perasaan marah semasa kematian telah menyebabkan tempat kejadian(rumahnya)berpuaka.dia akan membunuh sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke rumah tersebut.
>>sekali lagi...LELAKI KEJAM!!!!!!!!!!!!!!!!emm..tak ke susah merangkak dengan tulang yang patah??dok diam2 dah la!!(inilah aura dendam..huuuuuuuu)

NO 5
Freddy Krueger(A NIGHTMARE ON ELM STREET)

>>freddy menggunakan sarung tangan yang dilengkapi dengan pisau untuk membunuh kanak-kanak serta remaja.ibubapa mangsa-mangsa telah membakar pembunuh bersiri ini sehingga mati.namun,rohnya masih wujud dan terus melakukan pembunuhan dalam mimpi yang akan menyebabkan kematian mangsa semasa tidur di dunia sebenar.
>>kesimpulannya,basuhlah kaki anda sebelum tidur,nanti mimpi yang bukan2 plak..lagi satu,emm..freddy,leh tak pinjam sarung tangan pisau tu?pisau kat umah aku banyak yang dah tumpul laa..plezzz..merayu ni..

NO 4
Kuchisake Onna(KUCHISAKE ONNA)

>>'perempuan bermulut terbelah',sebuah lagenda kota Jepun yang terkenal.kisah seorang perempuan yang dibunuh suaminya dengan mulutnya dibelah sampai ke telinga.rohnya telah kembali dan melepaskan geramnya kepada orang yang tidak bersalah dengan apa yang dialaminya.ia akan muncul dengan memakai topeng pelindung dan membawa gunting besar.apabila menemui mangsa,iaa akan membuka topeng lalu bertanya "cantik tak saya?".ia akan melepaskan orang yang menjawab "cantik" dengan tenang tetapi memotong pipi mereka yang menunjukkan ketakutan ataupun menjerit.
>>untuk kesekian kalinya...LELAKI KEJAMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!

NO 3
Zombie(PELBAGAI FILEM ZOMBIE)

>>mayat hidup semula dari kematian ataupun orang hidup yang dijangkiti virus misteri.mereka kebuluran terhadap daging segar(kadang kala otak) dari orang yang hidup.
>>kenapa zombie tak serang dan makan binatang??kenapa banyak filem zombie yang aku tengok,semuanya makan orang??sedap sangat ke orang?lembu lagi sedap aku rasa..hmm..patut laa lembu2 lega bila fenomena zombie melanda..
NO 2
Jason Voorhees(FRIDAY THE 13TH)

>>Hantu yang memakai topeng hoki yang lemas semasa kecil dan kembali untuk membalas dendam di atas kematian ibunya.kebanyakan mangsanya adalah golongan remaja yang berkhemah dan berkelakuan tidak bermoral.dengan senjata terkenalnya iaitu pisau besar,ia tidak berbelas kasihan,ganas,dan membunuh sesiapa saja yang ditemuinya.
>>ha!membunuh orang yang tak bermoral??ermm..jason,can i join your group?? senjata terkenal pisau besar?senjata tak terkenal apa?pisau kecik??
NO 1
Yamamura Sadako(RINGU)

>>watak filem seram yang paling menakutkan bagi orang Jepun ialah...(sudah tentu)Yamamura Sadako!ia hantu berambut panjang yang menutup seluruh mukanya dari siri filem ringu.ia mempunya banyak persamaan dengan Kayako dari filem Ju-on.ia terikat dengan keinginan untuk membalas dendam.babak paling terkenal dengan sadako mugkin sekali semasa dia merangkak keluar dari televisyen dalam filem ringu yang pertama.
>>hohohoho..aku suka hantu nie!!nakje aku selak rambut dia..x rimas ke??nak jalan pun x nampak..adddoooiii...

nota kaki:hanya sekadar maklumat,tiada kena mengena dengan kepercayaan atau apa sahaja..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...