Sabtu, 9 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU..THANKS MOM!!

assalamualaikum...
wooo..hari ibu!!hehehe..memula nak wat wish dulu laa..utk mak,SELAMAT HARI IBU!! wawa mintak maap bebanyak kalo ada wat salah..ish,macam hari raya lak.alaa,takkan nk tunggu ari raye bru nk mintak maap kan..hehe..ingat aku nie baik sangat ke..kekadang tue ada laa gak wat mak aku mrah..bukan pe,kalo sehari x dngr mak aku membebel,mmg x sah..lagipun aku rase kkurangan jee..tp,takde laa smpai tiap2 ari aku wat dia mrah..tue dah bleh msuk kategori ANAK DERHAKA tue..na'uzubillah..ok,sebenarnye aku pn x pasti sejarah hari ibu nie..tapi yg pastinya daripada penyelidikan aku dalam web,hari ibu nie diusulkan oleh Julia Ward Howe pada tahun 1872 yg ditujukan utk kedamaian...kalo kat indonesia,hari ibu pada 22 disember..tp bg aku hari ibu adalah setiap hari..nk tau lebih lanjut ttg hari ibu boleh view http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/..
Ok laa..skang aku ada 1 cite nie..aku dgar dari cikgu aku..1st time dngar mmg leleh aa..biar aku cite ek,hayati tau..baru feeling..hehe..

Tersebutlah kisah seorang budak lelaki yg sangat patuh kepada ibunya.ayahnya telah lama meninggal dunia.dia tinggal dengan ibu bersama seorang adiknya..nama budak lelaki itu adalah Amin(bukan nama sebenar..).Amin amat disenangi ibunya kerana dia anak yg baik dan mendengar kata.apabila Amin berumur 12 tahun,dia masih seperti dulu..ibunya amat bangga dengannya..suatu hari,Amin menemui ibunya yg sedang memasak di dapur..

"ibu,ini ada surat utk ibu.."kata Amin
"meh sini..trima kasih,Amin"ibu mengambil surat itu dan Amin terus barlalu pergi..
ibu membuka surat itu dan membacanya...

...........................................................................................................................................

Kos menjaga adik:RM 50
Kos menyiram pokok:RM 15
Kos belajar:RM 25
Kos basuh pinggan:RM 20
Kos kemas rumah:RM 17
JUMLAH:RM 127
(AMIN)
............................................................................................................................................


Ibu Amin terdiam dan dia tersenyum nipis.dia mengambil pen dan menulis di belakang kertas tersebut dan masuk ke bikiknya..

Keesokan paginya,Amin bangun dari tidur dan ternampak sampul surat di atas meja belajarnya,dia gembira kerana dia tahu ibunya telah membayar apa yg dipintanya..dia segera membuka sampul tersebut..tetapi tiada wang,hanya sehelai kertas yg diberikan kepada ibunya semalam..di belakang kertas tersebut tertulis.............

...............................................................................................................................................

Kos mengandungkanmu 9 bulan:PERCUMA
Kos melahirkanmu:PERCUMA
Kos menjagamu sehingga lewat malam:PERCUMA
Kos air mata yg tumpah keranamu:PERCUMA
Kos kerisauan memikirkanmu:PERCUMA
Kos mendidikmu:PERCUMA
jumlah:TIADA HARGANYA KERANA IBU SAYANGKAN MU..
(IBU)

............................................................................................................................................

Amin terkedu..tanpa disedari iar matanya mengalir laju..baru dia ingin mengesatnya,ibu pantas menyapu air mata Amin.Amin memandang ibu lantas memeluk ibunya..
"ibu,maafkan Amin,bu..Amin..Amin..Amin Sayang Ibu!!"

Ibu tersenyum..Amin mengambil pen dan menulis di bahagian yg dia nyatakan kos yg dipinta, TELAH DIBAYAR..

So,itu adalah antara bukti kasih sayang ibu yg tiada tolak bandingnya..jadi....kepada semua ibu.. i would like to say..HAPPY MOTHER'S DAY!!



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...