Selasa, 19 Mac 2013

SI DIA, TEGURAN. INGATAN

pagi isnin itu menyaksikan aku sekali lagi melangkah ke kuliah dengan selsema dan batuk yang entah bila akan reda. mengenangkan lebih ramai lagi yang menderita sakit lebih teruk dari aku, bersiap juga aku ke kuliah. Agak gembira dalam hati bila dapat berita kuliah Bahasa Melayu dibatalkan pada petang itu, * bukan bererti malas, sekadar berkongsi rasa seperti pelajar lain rasakan.. ok, lari*
seusai Zohor, petang yang terik di pulau kunjungan orang itu tak mematahkan keinginan aku untuk menunaikan hasrat membawa diri ke kompleks membeli-belah. entah bila hobi berjalan itu muncul, aku sendiri tak sedar. tidak kisah tiada peneman, yang penting, aku perlukan satu perjalanan yang buat aku rasa tenang. (melihat kerenah manusia kau cakap tenang? pfftt~) siapa kisah, ini perihal kepuasan diri aku. 
naik tingkat demi tingkat,
 'terkadang rasa diperhatikan pulak bila berjalan seorang'
berkira-kira sendiri dalam hati, sedangkan tiada siapa peduli si aku ini wujud dalam bangunan tinggi itu. 
menjejak kaki ke kedai buku yang popular itu,kali tahu apa namanya, berniat mahu menggunakan bantuan yang diberi kerajaan, sekian lama tak berusik, sayang rasanya kalau dibiarkan berhabuk begitu sahaja. 
ligat tangan mengambil itu ini, 
 'ok kak, saya nak guna baucer ni, boleh kan?' senyum simpul buat-buat tanya sedangkan sudah tahu.
'boleh dik, tapi adik kena beli buku jugak, tak boleh alat tulis je' tegur akak itu, aku agak namanya Zarina, kerna itu yang tertera di name tagnya. mungkin dia sedar yang dalam bakul aku tiada terselit satu buku pun.
' owwwhhhh... tu la, saya pun dah agak dah tadi..' muka yakin menarik semula bakul. 
malu.
berjalan sekeliling kedai, menyesali nasib diri yang agak tidak gemar membaca buku-buku tebal yang tersusun di rak-rak itu. satu tajuk pun tak menarik minat aku. novel. komik. buku rujukan. stpm. spm. satu-satu rak aku jenguk. muka hampa aku tarik. 
sampai satu rak, aku tunduk, mujur tidak meniarap di situ. Perang Yang Benar. orait! buku yang aku cari selama ini! aku capai macam budak-budak dapat lolipop. berlari aku ke kaunter (ok, hyperbola) 
sedang aku terkial-kial mengeluarkan baucer, menarik ubat stapler dari baucer, akak kaunter mungkin tergelak dalam hati lihat kondisi aku. 
'kuangjaq, jangan tengok aku buat keja, kan dah terketaq-ketaq tangan nih!' marah aku..... dalam hati.. T_T
sedang itu, datang si manis berambut ala-ala Fazura (chewah!) beratur belakang aku.
'argghhh.. makin terkial-kial aku rasa'
fuhh.. dapat pun bukak baucer tu. dengan bangga, menghulurkan kepada akak kaunter. perlahan si manis persis Fazura itu meletakkan bahan beliannya di atas kaunter, mata aku melirik, Al-Quran, Tafsir, dan satu lagi buku yang agak samar untuk aku baca.tapi tertera SOLAT dibawahnya. aku tak ambil pusing. capai buku belianku, terima kasih akak, dan berlalu pergi.
.
menahan mata dek terik panas sambil menunggu bas, berdiri aku di sisi auntie tua berpayung, dihulur payungnya sedikit ke arahku, dengan harapan dapat redakan panas aku walau sedikit. 
'thank you auntie :)' 
'sama2 meh.. atas manyak panas, wa mandi sulah manyak kali pun, masih panas.' leternya.
'takpa auntie, nanti sampai rumah, auntie mandi lagi'
'sudah mesti, baju wa sudah peluh2..hahaha' angguknya sambil ketawa. menampakkan 2,3 giginya yang telah  hilang. aku senyum kecil, terkenang nenda di kampung seketika.
'awak, boleh cakap dengan awak sekejap?' satu cuitan di siku dah cukup buat aku rasa nak menjerit kecil. tapi berjaya kawal. mujur...
si manis tadi! plastik kedai buku dijinjit di tangan.
'ye,kenape ye?' 
'awak duduk kat mana?'
'emm.. USM sini je.. awat?' haa keluaq bahasa utara aku.
'awak tahu mana majlis-majlis agama yang boleh saya pergi?' ujurnya sambil mengikat rambut, panas mungkin.
'kalau di luar USM mungkin ada tapi saya tak pasti kat mana. dalam USM pun ada.nanti 2 minggu lagi ada ceramah kat Padang Kawad tu, datang la nanti' ulas aku panjang sambil mempromote Festival Saujana. walaupun suara aku mungkin agak sengau, dengan selesema yang setia di sisi.
'owhh..nanti saya datang, sebab saya nak belajar agama, tapi tak tahu kat mana, saya sesorang je kat sini, saya dok kat Relau sana tu. ok, terima kasih ye' katanya berlalu pergi selepas memperkenalkan diri dengan nama Ema.
dia tinggalkan aku yang agak kekeliruan. mujur hon bas sedarkan aku.
sepanjang perjalanan pulang, aku terfikirkan dia. aku tak tahu apa niat dia. tapi, andai betul apa yang aku fikirkan, aku berdoa semoga dia jumpa apa yang dia cari. sejenak aku muhasabah diri sebelum aku leka lebih jauh. terima kasih Ema kerana tegur saya walau tak sampai 5 minit perbualan kita. saya rasa saya takkan pernah lupa awak. InsyaAllah..
p/s: ntah-ntah artis betul yang aku jumpa. pfttt~~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...