Rabu, 2 Januari 2013

BATU FERRINGGI ERATKAN KAMI!

Salam minggu peperiksaan dan minggu pertama persekolahan. Excited? Risau? It's ok, semuanya akan jadi ok nanti. (ayat nak sedapkan hati.. pfftt~) baiklah, menjelang minggu peperiksaan akhir semester ini, sempat juga mengambil sedikit masa untuk mencari ketenangan. Peringatan! jangan diajak si aku ini berjalan, kerana PASTI akan menambahkan jumlah ahli yang terlibat. pantang diajak. hahaha.. 
Rombongan tak formal disertai MT MPD Saujana dan Kak Peah yang totally sangat awesome! owh, pesanan daripada beliau, sesiapa yang agak-agak dah besedia mencari suri hati menjelang 2016 kelak, calon anda di sini... hihihi ( Kak Peah, janji dah ditunaikan, promote habis ni!! hahaha. jangan marah naa :) ) 
Sejam di atas motor, kejang kaki akhirnya terbalas bila sampai di Batu Ferringgi tu. Indah ciptaan-Nya memang tak terungkap. Terima kasih bawa jalan-jalan..hihihi. Ok, zoom gambar yok! gambar dalam air terpaksa ditapis.. :)
perjalanan hidup dalam MPDS masih belum selesai, dan insyaAllah ukhwah itu sesekali tidak akan putus. Memang pernah mengeluh, pernah menangis, pernah marah, dan macam-macam pernah lagi. tapi rasa itu terselimut rapi oleh rasa gembira, gelak ketawa, keterharuan, kepuasan hasil kerja, dan genggaman tangan yang erat bersama empat tangan hebat ini. Seupaya mungkin mengasuh bakal tangan-tangan hebat yang sebanyak 31 pasang itu. Mungkin kaki ini menggeletar rapuh gamaknya andai tiada mereka. 
MEREKA SUMBER KEKUATAN SI AKU INI.
p/s: apa akan berlaku kepada Batu Ferringgi 10 tahun akan datang?
post sebelum ini:

ST JOHN DAN JANJI DITEPATI PM ITU


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. amboi seronoknya dia jalan2... ABC tu nampak sedapp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..alhamdulillah dapt tenangkan fikiran skit2 sebelum final exam kak:) msuk mminggu exam ni mmg kne stuggle habis.. doakan saya ye kak :D

      Padam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...