"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
(Surah Al-Jumu'ah ayat 9)
Tiada apa yang dapat dijelaskan lagi kerana potongan indah ini telah terang akan suruhan-Nya. Semoga imamku nanti menjaga tuntutan 5 waktunya dan cakna dengan solat penghulu segala harinya. kerana aku tahu, berapa ramai yang di luar sana termasuk aku sendiri sedang berusaha keras menjaga yang itu. Kerana itu, harapan aku untuk punya sepasang tangan pembimbing, membawaku dan zuriat keturunannya berjalan tenang di persisir pantai keredhaan-Nya.

post sebelum ini:










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)