ok,yang tu kita cerita nanti. satu perkara yang ingin dikongsi. semasa berborak dengan si kecil Aisyah namanya, putih melepak,comel, dalam 2 tahun umurnya.. cakap pun pelat lagi ... borak punya borak, entah macam mana masuk bab Allah. then Aisyah cakap.
Aisyah: Amin (kawan dia yang ada di situ juga) ada Allah. -dengan pelat2 dia tu-
Saya: owh.. Aisyah pulak? ada Allah jugak kan?
Aisyah: tak.. (geleng kepala)
Saya: eh.. awat?
Aisyah: Aisyah ada hantu. (selebihnya saya tak faham apa dia cakap sebab pelat sangat)
Kak Farah: tak lah.. Aisyah pun ada Allah jugak.. kan?
Aisyah: takkkkkk... Aisyah takde Allah. (muka semangat)
Saya: adaaaaaa... semua ada Allah..
Aisyah: tak! Aisyah ada hantu.. Aisyah kunci pintu.. takut.. (yang ni tak faham apa maksudnya)
jadi itu serba sedikit dialog antara kami bertiga. jadi dalam perjalanan balik, saya tanya Kak Farah pasal tu. Kak Farah pun cerita.
menurut kak Farah, ustazah (pemilik rumah anak yatim tu) cerita yang Aisyah tu sebenarnya anak penganut agama lain. bila orang dapat tahu, ramai orang bukan Islam yang datang melawat Aisyah, bukan dengan tangan kosong, tapi bersama ajaran mereka. mereka cuba semai perasaaan dalam diri Aisyah untuk meyakinkan yang dia bukan Islam.. Astaghfirullah! terkejut saya dengar. patutlah Aisyah cakap macam tu... ustazah tak mampu dah halang mereka daripada datang. dan sekarang, ustazah berusaha juga untuk bentuk pemikiran Aisyah tentang ajaran Islam, tinggal dalam kehidupan Islam. saya betul-betul tak sangka sampai macam tu sekali gerakkerja mereka dalam menyebarkan agama mereka, sampai budak kecil pun dicarinya.
saya dan rakan-rakan lain hanya mampu berdoa semoga kanak-kanak di rumah itu sentiasa terpelihara. mereka tiada sesiapa, menjadi tanggungjawab kita untuk terus membimbing dan menyokong mereka ke arah jalan yang diredhai. sebab mereka masih terlalu suci. semoga hati kecil itu terus dilindungi InsyaAllah.










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)