Selasa, 7 Februari 2012

TERINGAT SMKAP BILA BACA BERITA INI. PELAJAR BERSALAH DIDENDA BACA AL-QURAN

KOTA BHARU – Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini diarah membaca al-Quran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

.........................................................

Di SMKAP dulu, Ustaz Jalal akan denda pelajar lelaki yang buat salah, suruh baca Al-Quran. tak ingat atas kesalahan apa. tapi setiap malam mesti ada yang kena.. yang still ingat, kalau lambat subuh, kena dengar tazkirah ustaz depan surau. ok la tu kan, sekurang-kurangnya ada juga kebaikkannya untuk pelajar.

p/s:terlalu rindu SMKAP!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...