Isnin, 7 September 2009

BAYANGKAN..

Assalamualaikum..
lalala~aku dengan senang hati mencapai laptop ayah n online..hmm..jalan2 view blog n mencari sedikit berita dunia..pe kbor dunia hari nie??shat?? so,cm bese aku buka YM..hmm..x rmai yg online skang,xpe la..so,aku terus ke iluvislam.com..menambah ilmu yg x seberapa nie..waa..meriah tol diorng kat laman web tue,lelagi bulan Ramadhan nie..mmacam..aku pn pe lagi,join sekaki laa..then aku view artikel2 yg ada kat situ and aku terbaca satu artikel nie..bila aku baca,ishk..aku jd sedih,tetiba rasa rindu aku pada kekasih Allah itu wujud.. rasa bersalah pn ada..so,aku rasa kat sini elok kalau aku kongsi ngan visitor2 blog aku,semoga kita semua kembali ke jalanNya..

Assalamualaikum w.b.t..
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat, dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum.....
Tapi barangkali Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga! memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu.Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?

Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai u! Ntuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum baginda masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....

Masihkan baginda tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah....
-----------------------------------------------Sampaikanlah kepada teman-teman! moga kita dapat hayati dan renunginya bersama…


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...