Hari ini jiwa jadi lemah.
Malam, selepas tidurkan anak pukul 9 lebih, aku dah mula menghadap laptop dan kertas yang bertimbun entah apa benda. Tekan itu ini,taip itu ini, tengok jam dah pukul 1 pagi. Bangun kemaskan baju anak untuk hantar ke pengasuh pagi nanti, iron baju mana yang mudah. Kemas beg untuk esok nak pi mengawas SPM.Tarik nafas lega bila semua selesai. Masuk bilik, tidur.
Esok pagi, bangun dan bersiap. Aku tengok jam dan berkira-kira sendiri pukul berapa nak hantar anak. Sedar2 kakak dah bangun tengok aku pakai tudung, dia lari masuk bilik,dan tutup pintu. Aku fikir benda tu ok.
Bila sampai waktu. macam biasa ajak dia pakai kasut. Out of nowhere, kakak mengamuk teruk. Aku macam.. dah kenapa,selama ni ok je.. pujuk apa semua tak jalan. Tengok jam, dah lewat. Pi hantar adik dulu. Balik semula untuk pujuk kakak. End up, terpaksa angkat kakak ke rumah pengasuh.
Tapi sampai depan rumah pengasuh. Kakak.sebut 'nak ibu". Kejung terus hati ibu nak! Berat terus kaki ibu.. tapi aku tinggal jugak dia dengan masih berair mata. Tuntutan kerja.
Sampai rumah, aku duduk. termenung. Aku lupa yang aku terlalu sibuk jaga anak orang, sampai lupa anak sendiri dah ada hati. Dah boleh fikir, dah ada jiwa, dah boleh rasa. Aku lupa yang aku berjaya malam siapkan macam-macam untuk anak orang, sampai lupa anak tidur tanpa pelukan.
Pagi ini, aku sampai pusat peperiksaan dengan mata merah.
Kakak,ibu Tak sabar nak balik nak peluk kakak. Maafkan ibu naa kakak...










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)