Isnin, 7 September 2020

PRINTER HP DESKJET 1510

 Pernah tak rasa gembira bila sesuatu yang kita sayang kembali bernyawa? ya, ibu sedang merasakannya sekarang. chewah! so kena cerita kat sinilah kan. Printer HP Deskjet 1510 ibu ni sebenarnya dah tua. nak dekat 10 tahun kot umur dia. sebab ibu ingat lagi ibubeli masa study kat USM lagi, pakai Baucer buku kerajaan bagi. hihihi... harga dia time tu RM150 kot macam tu, jadi kita sebagai pelajar yang tak berapa berduit ni, belilah sebab memang nak pakai kan. jadi printer ni dah ikut ibu dari Penang, ke Johor, dan ke Selangor. dan sekarang masih setia di sisiku di meja sekolah. Kat rumah, pakai printer yang abah hadiahkan, Canon. masa beli Canon tu, abah cakap dah boleh buang dah printer lama tu, ops! sorry ok. walaupun masa tu dia memang bermasalah gila, tak detect maklumat, tak boleh sedut kertas, tapi tak give up lg dengan dia. lepas ibu pindah SMK Kelana Jaya ni, ibu bawak HP ni gi sekolah, letak sebelah meja, Alhamdulillah jugak la meja ibu tepi dinding, so senang nak tarik extension, ibu beli extension 7 meter punya, letak tepi tu, kita wakafkan je la kat situ siapa nak pakai. lepas pindah duduk kat sekolah, eh elok pulak dia detect nak print. maybe sebab tukar laptop ke macam mana, entah lah, tapi Alhamdulillah. lepas tu ada la dalam sebulan ibu godek-godek, google sana sini, cuci sana sini bila ada masa free, nak settlekan masalah tak sedut kertas tu. finally! cara dia senang je weh! amik cotton bud yang panjang sikit, celup air sikit, cuci2 kat roller dalam printer tu, biar 15 minit, selesai! Alhamdulillah sangat. Gembira betul, rasa macam dah pecah rekod dunia..hahaha sebulan kot ketung ketang sesorang kat hujung bilik guru. Lastly, HP ni kembali aktif seperti dahulu walaupun penyandar kertas dah patah, ibu tahan pakai book stand je, walaupun warna daripada putih dah jadi kuning yang sepatutnya dah wajid dinilakan, tapi its ok.. please stand by my side ye sayang. 






terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...